Assalamulaikum... Jejaka dan gegadis 😆 Ini adalah throwback post. Memandangkan hakakk tak nak sia-siakan blog ini, mari kita perba...
Salam jejaka dan gegadis...
Actually tak terfikir pun nak ke Langkawi. Plan last minute alang2 kami sekeluarga dah sampai Kedah untuk wedding my cousin. After wedding terus shoot ke Jeti Kuala Kedah. Naik feri pun dah lambat. Untuk ke Langkawi ambil masa lebih kurang 2 jam dari Jeti Kuala Kedah. Jeti Kuala Perlis lebih dekat. Sampai terus check in. Nasib sempat tengok sunset dan jalan2 sekejap kat pantai.
Bagus juga perjalanan naik feri ni ambil masa 2 jam. Sempat kami berehat dan tidur. Suasana malam di Langkawi agak best. Hmm meriah. No wonder la ramai yang sanggup stay dan memilih untuk bekerja di Langkawi ni.
Tak banyak picture waktu ni. Sibuk menelek barang and survey hotel area Chenang. Mana tau ada rezeki dan masa boleh datang lagi.
Lepas dinner we olls terus balik hotel. Penat tak hingat...
Hotel kami menginap (Besta Hotel)
Lepas breakfast, we olls ambil masa untuk jogging and jalan2 kat tepi pantai. Sempat juga snap beberapa keping gambar.
Kemudian kami ke kereta cable. Fuhh tinggi. Seram naik. Cuaca pun sejuk berangin je. Pemandangan dari atas memang cantik. Nora bagi 4 bintang. hehe
Turun sahaja dari kereta cable, kami terus ke Galeri Perdana. Banyak gambar yang aku ambil. Tapi malas nak upload. Sebab terlalu banyak. 😝
Dalam perjalanan nak ke pekan Chenang kami singgah di Pantai Pasir Hitam (kalau tak silap). Ala kawasan yang pasirnya hitam tu. Snap snap gambar then kami terus ke pekan Chenang untuk lunch dan shopping. Al maklum lahhhh duty freee. Lepas lunch kami ke Dataran Helang. Jalan-jalan sambil makan ais krim. Berangin tempat ni walaupun cuaca panas terik
Actually kelam kabut sebenarnye trip ke Langkawi ni. Maklumlah tak plan pun. Tapi it was so fun and banyak sebenarnya tempat yang tak sempat pergi. But maybe insyaAllah next time akan ke Langkawi lagi.
Salam jejaka dan gegadis... Actually tak terfikir pun nak ke Langkawi. Plan last minute alang2 kami sekeluarga dah sampai Kedah untuk w...
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja... Tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.
1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar, masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.
3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yan salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...
6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.
8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA...
Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yang bernama kekasih, apatah lagi kita dibuang begitu saja......