Saturday, 26 May 2012

Beijing: Apa yang Best dan Tak Best di Beijing


Kami sampai di Tianjin Airport dalam jam 10 pagi. Agak jauh juga perjalanan dari Airport Tianjin nak ke hotel. Dalam perjalan ke hotel ada banyak perkara yang menakutkan dan tak best terjadi. 

Pertama: Kami ternampak kemalangan berlaku. Tapi tour guide kata biar je. Kat sini ada kemalangan tak perlu tolong. Tunggu ambulance datang ambil. Tapi kita orang Malaysia ni memang dah ditanam sifat prihatin memang geram rasanya nak tolong sebab tiada kenderaan lain dan sesiapa langsung yang datang menolong. Aku tengok pemandu lori yang terlibat terduduk sambil menahan darah yang banyak keluar dari kepalanya.

Kedua: Dalam perjalanan ke Hotel, ada seorang perempuan tengah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di tengah-tengah jalan raya. Punya la berani perempuan tu, siap maki-maki lagi pemandu tersebut. Panas baran orang-orang Beijing ni. 

Kilang Sutera.


Forbidden City

Forbidden City ni tempatnya sangat la luas. Penat juga la nak berjalan dari pintu depan ke hujung. Lebih kurang 3kilometer kalau tak silap. Ramai sangat orang kat sini. Dah macam semut semuanya. 

Jade Museum

Mutiara

Jalan-jalan dan bergambar di Summer Palace.

Great Wall of China

Kedai accessories 

Pandangan dari bawah 

Pandangan dari atas


Beijing Tea

Macam-macam jenis tea yang ada kat sini. Tapi selera aku hanya tea dari Malaysia.

Stadium Sarang Burung

Acrobatic.  

Tianjin Market

Sebelum ke Tianjin Airport, kami sempat la berjalan-jalan di Tianjin Market. Hmm kat sini takde apa-apa yang menarik pun. 

Antara restaurant santapan kami selama 5hari di Beijing. Makanannya hmm bukan selera aku... Tapi memandangkan aku bukan jenis yang kuat makan, makanan bukan masalah besar bagi aku. Makan je apa yang ada. hehe

Apa lagi yang tak best di Beijing;

- Orangnya yang tak mesra alam
- Kuat bergaduh. Masa aku tengah pilih-pilih barang di sebuah mall, ada 2 -3 kes pergaduhan yang jadi. Wei seram aku nak berjalan sorang kat sini dengan suasana yang sesak lagi.. Hmm tak seronok nak shopping. 
- Setiap kali buat urusan pembelian lihat baki duit dahulu. Kadang-kadang peniaga akan bagi duit tak laku. Aku tak sure duit apa tu. Aku pernah terkena sekali semasa beli air di kedai berhampiran hotel. Tapi memandangkan tour guide kami dah bagi tau awal-awal, so aku dapat detect dan minta peniaga tu tukar duit yang betul terus. 
- Tandas kotor. Takde paip air aku oleh terima lagi. Tapi kotornya, hmm memang bersih lagi toilet Malaysia. Itu tak campur lagi tandas yang takde pintu. Tak boleh blah betul.
- Kekurangan air mineral. Air mineral kat sini agak mahal. 

Apa yang best di Beijing

- Pemandangan dari Great Wall of China memang best.
- Shopping. Tapi perlu pandai tawar harga. (aku tak minat shopping)
- Dapat kenalan baru dari kalangan pelancong Malaysia sendiri. Pelancong Malaysia punya la ramai. Memandangkan orang Beijing tak mesra alam jadi berkenalan dengan orang Malaysia je la. haha


Jika ada rezeki lagi untuk melancong, aku tak akan pilih untuk ke China. Aku sendiri tak paham kenapa orang Malaysia ramai yang suka ke sini. Mungkin para peniaga je yang dapat something di sini. Tapi bagi aku kalau nak melancong hmmm better ke negara lain. 


Alhamdulillah... Aku dah ke salah satu tempat keajaban dunia.

BEIJING [Checked]

0 comments:

Post a Comment