JIHAD SEORANG WANITA

By Monday, August 12, 2013

Sumber: Google


Dari Aisyah radhiallahu’anha. Katanya:

“Pernah ana bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah wajib ke atas kaum wanita itu jihad?


Jawab Baginda: “Ya, ke atas mereka jihad tanpa ada peperangan padanya; iaitu haji dan umrah.” (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah – sahih)


1.       Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.

2.       Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.

3.       Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.

4.       Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.

5.       Memerangi perkara-perkara bid’ah khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang menguasai wanita masa kini.

6.       Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.


Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manaka jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.

You Might Also Like

0 Comments