Sunday, 20 July 2014

Cabaran Sahabat Karib Berlainan Jantina

Definisi Perhubungan

Kenal pasti apakah bentuk serta niat hubungan kamu berdua. Sekiranya hanya sekadar teman rapat, bertindak sebagai teman rapat dan jangan melebihi batasan kerana salah seorang daripada kamu mungkin akan merasakan kelainan dalam perhubungan itu.

Atasi Tarikan

Pandai-pandai mengawal emosi atau perasaan dalan menjalinkan hubungan. Jauhi daripada melakukan aktiviti yang dapat menarik daya seksual dalan perhubungan. Sekiranya kamu hanya berkawan baik sahaja, elakkan mengerat tangan atau membelai rambut dan wajah pasangan agar tidak tercetus sebarang perasaan dia antara kamu.

Kritikan

Sudah menjadi lumrah alam, manusia akan mengeluarkan kritikan-kritikan pedas sekiranya melihat pasangan sahabat karib yang berlainan jantina bermesra-mesra. Mahu atau tidak, terpaksalah kamu memekakkan telinga mendengarnya.

Tekanan Perasaan

Kamu mungkin berteka-teki apakah sebenarnya yang berlaku dalam perhubungan ini. Adakah suatu persahabatan jujur atau cinta sudah berputik. Namun, tidak mampu menyuarakannya kerana takut hanya bertepuk sebelah tangan. Akibatnya, kehidupan serba tak kena. Gangguan emosi serta tekanan perasaan berlaku.

Bertukar Cinta

Manusia sememangnya insan yang lemah. Hati dan perasaan tidak dapat disekat dengan sebarang jendela besi untuk tidak menerima cinta. Ia lahir dari dalam. Kemungkinan cinta seorang kawan mampu berubah menjadi cinta sejati. Itulah kuasa cinta.

0 comments:

Post a Comment