Wednesday, 21 January 2015

Ya Allah... Ampunkanlah Aku


Ya Allah tolong aku Ya Allah jangan kau seksa aku didalam kubur dan diakhirat, aku mohon taubatmu Ya Allah aku taubat nasuha Ya Allah.
Ya Allah Ampunkan mataku, Ampunkan Telingaku, Ampunkan Lidahku, Ampunkan Tanganku, Ampunkan Seluruh Jasadku.
.
Ya Allah Sesungguhnya Aku lemah Ya Allah. Ya Allah pandanglah aku dengan Pandangan Rahmatmu Ya Allah, temukan aku dengan Nabi Muhammad S.A.W.
.
Ya Allah Dosa aku banyak Ya Allah dengan Rahmatmu Ampunkan Aku, dan terima lah Taubatku ini.
Ya Allah mudahkan segala urusanku dunia dan akhirat. Ya Allah murahkan rezeki ku, kaum keluargaku dan sahabat sahabatku agar kami dapat mengerjakan Haji dan Umrah bersama sama dan sentiasa mentaatimu dan dapat aku menolong umat islam yang memerlukan.
.
Ya Allah sesungguhnya engkau maha mengetahui, maha pengampun dan maha penyayang. Maqbulkan doaku ini Ya Allah Ya Rabbal Alamin.
Wahai Tuhan ku, aku tak layak ke syurga Mu. Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu. Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar.
.
Aamin….

0 comments:

Post a Comment