50 Formula Kekayaan & Kejayaan by DAO

21:30

#1
Bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan yang akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa hadapan.

#2
Jangan bazir masa membuat kerja yang anda tidak suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik lagi.

#3
Tanpa ilmu anda tidak berpeluang membangkitkan kekuatan diri dan perniagaan anda.

#4
Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk anda berjaya, tindakan pro-aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.

#5
Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.

#6
Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.

#7
Kelilingkan diri anda dengan orang berjaya, anda pasti akan berjaya juga.

#8
Bertindak dengan pantas “fast action, fast result”, tetapi bertindak dengan bersandar ilmu yang tepat.

#9
Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat seperti anda, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.

#10
Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan, berfikir secara positif setiap masa.

#11
Keluar dari zon selesa anda, ia akan menjadi penghalang untuk anda tingkatkan potensi diri yang ada.

#12
Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup, terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.

#13
Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk dipelajari, dengan ilmu anda boleh takluk dunia.

#14
Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang memberi adalah orang yang kaya.

#15
Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan matlamat yang lebih bermakna dari wang.

#16
Untuk anda berjaya, anda mesti berjayakan orang lain terlebih dahulu.

#17
Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan melakukan perkara-perkara yang positif seperti solat, zikir, menderma dan lain-lain lagi.

#18
Apa yang anda fikir, cakap, rasa, dan buat semuanya adalah doa.

#19
Jangan takut kepada kegagalan, pelajari dari kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan anda. Kegagalan itu adalah kejayaan.

#20
Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.

#21
Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap, sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri anda fleksibel terhadap semua perkara.

#22
Impian atau hasil (end result) merupakan perkara yang perlu difokuskan terlebih dahulu, letakkan seluruh tenaga, perasaan gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang dengan sendirinya, jangan lupa untuk bertindak.

#23
Jadikan kerja anda sebagai satu seni karya yang hebat, bekerja dengan bijaksana.

#24
Keberanian berterusan diperlukan setiap masa, tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.

#25
Beri sepenuh perhatian dan focus terhadapnya.

#26
Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.

#27
Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang kawalan.

#28
Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda jangan berhenti.

#29
Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.

#30
Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.

#31
Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu kepada orang lain untuk lakukannya.

#32
Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari yang terbaik.

#33
Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri, tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.

#34
Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi, jangan biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.

#35
Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang anda sayang seperti ibubapa, isteri, anak dan lain-lain lagi.

#36
Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.

#37
Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan proses kejayaan.

#38
Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan itu.

#39
Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.

#40
Percaya dengan apa yang anda lakukan, kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri.

#41
Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu menarik lebih ramai orang datang kepada anda.

#42
Kenal pasti masalah dan jadikannya satu penyelesaian kepada orang lain.

#43
Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.

#44
Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.

#45
Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.

#46
Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu pengembaraan yang mengembirakan diri.

#47
Jauhi dari stres dan juga orang sekeliling yang stres, kerana stres akan memberi tenaga negatif pada anda.

#48
Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda lakukan.

#49
Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa bersikap positif setiap masa.

#50
Kembangkan minda anda dengan mencari ilmu yang berguna melalui pembacaan, kursus,seminar dan sebagainya.

www .AzizanOsman.com

You Might Also Like

0 comments

Followers

Contact Form

Name

Email *

Message *