SEDIKIT ILMU TENTANG DIRHAM/SILVER/PERAK

07:30



Siapa nak labur dalam silver, dia mesti mula dengan emas dulu sebab ilmu silver lain sikit dari emas. Dan silver lebih sesuai dijadikan simpanan untuk betul-betul jangka panjang. Siapa nak faham tentang silver, ini nota ringkas untuk fahami silver berbanding emas.


#1 – Pergerakan Harga Lebih Agresif

Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Kadar volatilitynya 1.6 kali ganda berbanding emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, harga emas naik dalam 35%, tapi silver naik 100%! Masa tu ramai orang excited beli silver. Lepas tu bila harga emas turun 30%, harga silver jatuh balik 60%! Siapa ada sakit jantung, tak sesuai beli silver… (“,)
Graf pergerakan 10 tahun harga silver. Harga memuncak tinggi pada April 2011 dengan kenaikan sekitar 100% dalam tempoh 1 tahun. Masa untung memang luar biasa, tapi bila jatuh, memang sakit. (“,)


#2 – Potensi Untung Lebih Besar

Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas pada masa depan. Ini disebabkan:

(a) Lombong Berkurangan, Demand Meningkat

Silver diperlukan untuk industri, sedangkan pengeluaran silver dari lombong semakin berkurangan berbanding perkembangan sebenar industri. Ia jadi semakin berkurangan sebab silver terpakai biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebab kos untuk extract balik tak bebaloi berbanding emas.

(b) Harga Sekarang “Undervalue”

Harga silver sekarang ni terlalu murah. Kalau tengok dari sudut nisbah emas : silver, sekarang ni sekitar 1 : 65. Maksudnya satu kilogram emas boleh beli 65 kilogram silver. Nisbah ini dijangka akan pergi kepada 1 : 16 sebagaimana dalam tahun 1980an, 1960an dan 1920an dulu. Maksudnya, siapa beli 65 kilo silver hari ni, nilainya akan bersamaan 4 kilo emas suatu hari nanti berbanding cuma 1 kilo sahaja hari ini.

Bila semak pula kiraan zakat, saya yakin silver sekarang ni memang “undervalue”. Nisab zakat emas ialah 85 gram. Nilainya sekitar RM12,500. Tapi nisab zakat silver ialah 595 gram yang nilainya cuma RM1,500! Beli silver RM1,500 dah kena zakat berbanding emas RM12,500. Saya percaya, nilai sebenar 595 gram silver sepatutnya sekitar RM12,000 juga sebagaimana nilai 85 gram emas! Itu cuma andaian saya…

Harga 1 kilogram silver pernah cecah RM6,000. Tapi sekarang ni cuma RM2,483.


#3 – Tak Mudah Dijual dan Pajak

Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa. Asalkan ia emas, asalkan ia tulen, insyaAllah senang jual.

Dan lagi satu, silver tak boleh pajak di ar-rahnu sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di Penang jer yang terima pajak silver. Itu pun silver keluaran Public Gold sahaja. Margin pinjaman juga rendah, cuma 50% sahaja berbanding emas 65% – 75%.

Pendek kata, silver tak mudah rolling seperti emas. Ia sekadar beli, simpan dan buat sendal pintu! Bila harga naik baru jual…


#4 – Ruang Penyimpanan Lebih Besar

Silver ni berat. Sekarang ni, harga 1 kilo sekitar RM2,500 jer. Kalau beli 4 kilo baru RM10,000. Dari sudut penyimpanan agak susah berbanding emas sebab ia makan ruang. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa safe box yang besar baru sesuai untuk simpan silver. Jadi siapa beli silver banyak-banyak dan simpan dalam safe box, memang kena kuat semangat kalau nak angkat box tu! (“,)

Sekarang ni, dengan modal RM3,000, kalau beli emas boleh dapat coin 5 dinar (21.25 gram). Tapi kalau beli silver, boleh dapat 1,250 gram!


#5 – Susut Nilai Lebih Tinggi

Susut nilai silver sangat tinggi kalau dibandingkan dengan emas. Contohnya, silver bar 1 kilo keluaran Public Gold susut nilainya 12%. Kalau coin 10 dirham, susut nilai 16%! Ia memang tinggi tapi kalau harga silver naik, ia memang berbaloi.

Dan jangan terkejut, silver jenama lain yang dijual di pasaran Malaysia susut nilainya jauh lebih tinggi. Ia boleh cecah 40%! Walaupun silver bar Public Gold susut nilainya tinggi, kalau dibandingkan dengan silver lain di pasaran, saya boleh katakan Public Gold paling rendah (terbaik).

Jadi ok tak beli silver?

Kalau beli untuk simpanan jangka panjang, bagi saya ok. Saya sendiri pun simpan silver. Bagi orang yang baru nak bermula, saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance nanti baru beli silver. Dari sudut nisbah simpanan emas dan silver, saya simpan 70% emas, 30% silver. Kalau harga silver naik, 30% simpanan silver tu insyaAllah boleh pintas kenaikan harga emas.

Wallahu a’lam.


-http://www.mohdzulkifli.com-


Enquiries:

WA: 0122043633
FB Page: Niagoldbiz Legacy


You Might Also Like

0 comments

Followers

Contact Form

Name

Email *

Message *