Recipe: Aiskrim Vanila Oreo Coklat Chip

By Saturday, August 27, 2016 ,

Assalamualaikum.... 

Tajuk entry hakakk hari ni memang boleh buat orang terujakan? 

Tetiba teringin nak makan aiskrim

Tapi nak banyak. 

Nak beli mahal. 

Apa kata buat sendiri je. Jimat banyak. 

Rasa pun boleh ikut selera sendiri.

Mungkin resepi hakakk ni agak manis bagi sesetengah orang. Kalau rasa manis sangat boleh kurangkan susu pekat manis dan biskut oreo ya.

Boleh olah sendiri ikut tekak dan citerasa masing2. Takde masalah pun ;)

Ok... Bahan2 nak buat ais krim ni punya la senang dan tak banyak. Memang bertambah2 rajin la bagi si peminat aiskrim untuk buat resepi ni. Kalau mudah macam ni pun malas hakakk tak tau la nak habaq lagu mana lagi. Huhu

Bahan-bahan:

1-Whipping cream (1liter)
2-Susu pekat manis (25sudu) 
3-essen vanilla (5sudu)
4-coklat chip
5-biskut oreo (2paket)


Cara-cara:

1. Pukul whipping krim hingga kembang. Mcm mana nak tau die dah kembang? Ok pastikan whipping krim nampak berkilat. Bila sengetkan bekas die tak tumpah. Jangan over pukul whipping krim ni sebab nanti die akan jadi berketul dan berair. 

2. Masukkan essen vanilla,

3. Susu, susu ni ikut selera sebenarnya. Kalau nak manis letak lebih.

4. Hancurkan biskut oreo then masukkan,

5. Taburkan coklat chip ikut selera. Kalau hakakk, hakakk akan letak banyak.

6. Masukkan dalam peti ais. 


Tadaaaaaaaaa.....

Dah siap! Macam mana? Ada rasa macam beli yang kat kedai tak? Hehe

Tak sempat la nak ambil gambar steps by steps. Tengah gigih buat aiskrim mana la sempat nak snap gambar. Jangan risau in shaa Allah mesti jadi punya aiskrim ni walaupun baru first time nak cuba buat. Cuma kena jaga-jaga masa nak pukul whipping krim tu sahaja.

So selamat mencuba!


Oooops wait... 


Pernah tak terfikir nak berniaga Aiskrim???




Alang-alang dah pandai buat aiskrim ni, hew hew... Apa kata buat bisnes aiskrim pulak. Buat sebagai side income je. Orang sekarang kata, income geli-geli? haaa giteww la lebih kurang. hehe

Actually hakakk ada la juga terbaca kisah orang yang buat bisnes aiskrim ni. Boleh tahan juga incomenya. Itu pun buat part-time weekend je. Belum buat hari-hari lagi. 

Kebanyakkannya join event macam perkahwinan, hari keluarga, rumah terbuka dan birthday party. Kalau ada karnival memang habis licin punya. Balik dengan tong kosong je. 

Modal pun tak tinggi. Margin keuntungan boleh tahan. Yang paling best tak perlu nak jadi pakar untuk buat bisnes ni. 

Seronok dengar cerita orang buat duit macam ni. Rasa nak cuba jer. Orang kata, biarlah kita belajar dari orang lebih berpengalaman. Supaya kadar kesilapan boleh dikurangkan walaupun baru nak mula. Betul tak?




Oh ya, kalau rasa berminat boleh la bukak link ni. Baca la sampai habis. Mana tahu tetiba korang ada idea nak buka bisnes aiskrim pulak. Klik sini

XOXO

You Might Also Like

0 Comments