Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas dan mula menggunakan hashtag #R4BIA? Apakebenda R4BIA tu?
1. Dalam bahasa Arab, Rabi'ah/arba'ah bermaksud Empat. Rab'ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.
2. Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi'ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi'ah.
3. Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.
4. Tujuan avatar simbol #R4BIA dipakai oleh penyokong Morsi di media sosial seperti facebook dan twitter sebagai bentuk solidariti dan kepedulian terhadap apa yang berlaku di Mesir. Selain menimbulkan kesedaran orang ramai supaya lebih cakna mengenai krisis di Mesir sekarang ini.
Berikut antara isi pidato Erdogan dihadapan demnstran pro Mursi di Turki
1. Mereka yang menggulingkan pemerintah sah di Mesir & telah mengabaikan suara rakyat, kini mulai membantai rakyat mereka sendiri.
2. Ribuan warga Mesir berjalan menuju syahid berhadapan dengan tank para pelaku kudeta militer.
3. Anda dapat melihat di kaca tv secara live, seorang rakyat Mesir berdiri di depan tank, tanpa ada batu di tangannya. Tapi dia tetap ditembak.
4. Tidak ada yang membantu pemerintah Mesir saat Morsi berkuasa selama setahun. Baik Barat mahupun negara Teluk Arab.
5. Kini. $16 billion bantuan dikirim segera oleh negara-negara Teluk Arab bagi pemerintah kudeta. Kenapa semunafik itu? Sampai bila?
6. Mereka (negara-negara Teluk Arab) yang mengirim bantuan $ 16 billion kepada pemerintah kudeta di Mesir adalah sekutu kudeta.
7. Jumlah para syuhada yang dibantai kelmarin & hari ini (di Ramses Square) sudah 600 jiwa. Mereka menembak di tempat ibadah selama berminggu-minggu.
8. Mereka membunuh 53 saudara Mesir kami saat mereka melakukan solat subuh. Muslim apakah ini?
9. Mereka tanpa belas kasihan membunuh kanak-kanak, perempuan, dan membakar hospital.
10. Saya mengutuk semua serangan (tentera) terhadap masjid dan gereja.
11. Muslim Brotherhood is protecting churches. But those "well-known Gezi media" (Western media) say 30 churches were burned.
12. They also burned our mosques in Syria and Egypt. Bashar or Sisi, they have no difference.
13. Kekejaman di Mesir mungkin juga dilakukan di negara lain, mungkin "mereka" inginkan kekacauan di Turki juga.
14. Sebab mereka tak ingin Turki digdaya di kawasan ini. Saudara-saudaraku, kita akan gagalkan semua rencana itu dengan kesabaran.
15. Mari do'akan Syria & Mesir. 100000 rakyat Syria juga telah dibunuh kejam pemerintah diktator mereka.
P/S : Pejuang DP bermusim? Yang penting, niat. Bukan hanya ikut-ikutan.
CopyPaste- crewfathi
Mungkin ada di antara kita yang masih tertanya-tanya kenapa ramai pengguna media sosial mula menukar avatar simbol 4 jari seperti di atas d...
|
Sumber: Google |
Ada seorang ahli hikmat mengatakan… Jikalau kamu ingin
bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini..:
1. Hadapi
kawan atau musuh dengan wajah yang tenang, gembira, sopan, rela hati. Elakkan
daripada menunjukkan sikap angkuh, sombong, dan tinggi diri.
2. Jangan
terlalu banyak menoleh ke mana-mana dan jangan terlampau tajam memandang orang
lain.
3. Jangan
biasakan diri memasukkan jari ke dalam lubang hidung, banyak berludah atau
berhingus di tempat awam, banyak menguap atau mengeliatkan badan.
4. Usahakan
agar dudukmu itu Nampak tenang, kata-kata selalu teratur, menjadi pendengar
yang baik. Jiak ada sesuatu yang melucukan lebih baik jika kamu diam sahaja.
5. Jangan
bersikap berpura-pura.
6. Elakkan
daripada memberitahu sesiapa tentang harta yang dimiliki kerana jika harta itu
sedikit, orang akan memandangmu dengan kehinaan.
7. Jika
berdebat, berpegang teguhlah kepada kesopanan dan jangan merendah-rendahkan
kemampuan orang lain.
8. Jangan
menjadikan harta lebih mulia daripada kehormatan diri.
9. Jika
masuk ke majlis-majlis, berilah salam dan sentiasa merendah diri.
10. Jauhi
daripada duduk dan bercakap-cakap di jalanan dan jika terpaksa sentiasalah
menundukkan pandanganmu. Jangan suka bergurau senda dengan cendiakawan dan
orang yang kuang akalnya. Jika banyak bersenda gurau dalam sesuatu majlis
kerana terlupa atau lain-lain, berzikirlah sebelum meninggalkan majlis itu.
Orang yang berbaik sangka akan mendapat pahala kerana
hatinya terang dan tidak dicemari dengan sifat yang tidak baik.
Sumber: Google Ada seorang ahli hikmat mengatakan… Jikalau kamu ingin bergaul secara baik dan sopan maka ikutilah petunjuk-petunjuk ini..:...
|
Sumber: Google |
Dari Aisyah radhiallahu’anha. Katanya:
“Pernah ana bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah wajib ke atas kaum wanita itu jihad?
Jawab Baginda: “Ya, ke atas mereka jihad tanpa ada peperangan padanya; iaitu haji dan umrah.” (HR Imam Ahmad dan Ibnu Majah – sahih)
1. Menjadikan rumah tangga tempat yang bahagia untuk keluarga berkumpul.
2. Mewujudkan suasana Islam dalam proses pendidikan dan pembesaran anak-anak.
3. Menyempurnakan segala urusan rumah tangga menurut syara’ dengan penuh keikhlasan semoga akan beroleh keberkatan.
4. Mengajak kaum wanita lain memahami prinsip-prinsip Islam dan cara hidup yang Allah tetapkan.
5. Memerangi perkara-perkara bid’ah khurafat serta pemikiran yang salah dan adab-adab yang buruk yang menguasai wanita masa kini.
6. Menyertai rancangan kemasyarakatan yang berfaedah untuk umat manusia amnya, seperti tadika, menjaga anak-anak yatim, kelab pemudi, sekolah-sekolah dan bantuan untuk keluarga miskin.
Sebagai kesimpulan, sekali lagi perlu dijelaskan dalam diri kita bahawa jihad yang utama bagi wanita adalah wajib bagi semua muslimah dalam batas kemampuan yang telah Allah kurniakan. Manaka jihad tambahan yang Allah anugerahkan bersama keistimewaan tertentu tidak boleh membatalkan jihad yang utama. Jihad utama mesti dilaksanakan dahulu.
Sumber: Google Dari Aisyah radhiallahu’anha. Katanya: “Pernah ana bertanya: ‘Wahai Rasulullah, apakah wajib ke atas kaum wanita itu jihad? ...
Ketika kamu merasa sedih,
pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu...
"Inilah perjalanan hidupku.. ALLaH yang
letakkan aku di sini.. Semua ini perancangan ALLaH.. Jadi, aku mesti teruskan
perjalanan hidup ini kerana aku percaya di atas setiap ketetapan-Nya..dan aku
terima Qada' dan Qadar diriku.. Sesungguhnya setiap sesuatu itu ada
hikmah-Nya.. Terima kasih ALLaH kerana mengasihiku"
Selepas itu, buka matamu dan senyumlah...
Ketika kamu merasa sedih, pejamkan matamu dan katakan di dalam hatimu... "Inilah perjalanan hidupku.. ALLaH yang letakkan aku di...
HATI YANG SEDAR
Firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya
(keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak
lagi mengadungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau
yang menggunakan pendengarannyabersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu)
dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf 50:37)
Ya Allah, KURNIAKAN kepadaku
hatiku seperti ini…
HATI YANG BERSIH
Firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang
yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan
imam dan amal kebajikan).”
(Surah as-Syams 91: 9)
HATI YANG LURUS
Firman Allah, maksudnya: (Mereka
berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami, Janganlah
Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
kurniakanlah kepda kami limpah rahmat-mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang
melimpah-limpah pemberian-Nya.”
(Surah Ali ‘Iimran 3: 8)
Dan Kau PELIHARA
daripadaku hati ini…
HATI YANG TERHIJAB
(TERTUTUP)
Firman Allah,
maksudnya:
“Dan antara mereka ada
yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan
berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya,
dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak
dapat mendengar).”
(Surah al-An’am 6: 25)
HATI YANG SEDAR Firman Allah, maksudnya: “Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak...