2D1N Taman Negara, Pahang
Trip to National Park ( Day 1)
9:30 am - Gerak dari Kuala Lumpur
12:00 pm - Sampai di pekan Jerantut. Daftar diri untuk ke Taman Negara. Makan dan teruskan perjalanan melalui Felda Padang Piol.
2:30 pm - Sampai sahaja di Kuala Tahan kami terus check in chalet. Rehat.
3:00 pm - Mulakan aktiviti. Naik bot jalan-jalan kat Sungai Tembeling. Naik bot sambil membasahkan diri. Main sembah2 air kat penumpang bot lain. Best! Memang habis basah dibuatnya. Masa ni memang kami semua dah dinasihatkan supaya simpan semua barang2 elektronik. Sebab memang takkan boleh elak dari kena air. Thats why takde picture. Then kami singgah ke perkampungan orang asli.
Di perkampungan orang asli ni kami banyak belajar cara2 hidup orang asli. Cara2 menyalakan api, cara membuat sumpit dan cara2 menyumpit. Dalam perjalanan pulang ke chalet kami mandi kejap di sungai tembeling ni. Dalam hookay nak mandi kena pakai life jacket.
8:30 pm - Lepas makan malam kami menaiki bot untuk ke Taman Negara. Tak jauh pun hanya perlu ke seberang je. Kalau pandai berenang aku pilih untuk berenang je. Lol. Tambang bot hanya 50sen. Aktiviti malam ni adalah Night Walk. Yang best nye Night Work ni, kami dapat belajar dan mengenal beberapa jenis serangga dan haiwan yang keluar pada waktu malam dan melihat sendiri serangga dan haiwan tersebut. Tak banyak picture yang dapat aku ambil. Takut kena tinggal. Dah la tengah malam. Hehe
Trip to National Park (Day 2)
8:00 am - Breakfast. Kemudian kami naik bot ke Taman Negara. Aktiviti pada hari ini ialah Hiking and Visit Tahan Hide. Nama tempat yang kami hiking ni Bukit Terisek. Erm Boleh tahan. Takde la tinggi sangat tapi basah jugak la baju dengan peluh. Hihi memang best. Sambil hiking sambil dapat kawan baru. Masa hiking tour guide kami sempat tunjuk kami sejenis daun yang bernama Daun Kaki Itik. Bentuk memang sebijik macam kaki itik.
Seterusnya kami melalui titian kanopi. Kanopi ni tak berapa tinggi. Cuma ia antara titian kanopi yang paling panjang yang aku penah lalu. Jauh jugak nak sampai ke penghujung.
Lepas je turun dari Bukit Terisek kami semua terus balik chalet and makan. Lapar sangat. Berehat kejap. Pada petang pula dalan jam 5:00 kami ke Taman Negara semula untuk mandi sungai pula. Nak ke sungai tu kami kena hiking sikit. Tak jauh pun. Air sungai memang sejuk tak hingattt. Sementara tengok yang lain mandi aku duduk berendam je kat tepi. Tak dapat mandi. Rupanya air dalam gila. Kebetulan ada orang berkayak singgah berehat aku apa lagi buat muka tak malu pinjam la life jacket. Haha janji dapat mandi walaupun kejap. Kejung jugak la kaki sebab air sejuk sangat. Memang tak boleh mandi lama2. Sabar je la... Tak puas sebenarnya. Sungai ni pun tak ramai yang tau actually. Ni pun dah habis pujuk tour guide baru dia bawak. Hihi
Waktu ni picture takde sebab memang datang nak mandi je. Camera malas nak bawak. Hewhew
Waktu ni picture takde sebab memang datang nak mandi je. Camera malas nak bawak. Hewhew
Hari ke-2 di Taman Negara actually agak memenatkan. Haha tapi walaupun penat seronok sebenarnya sambil beraktiviti sambil melihat alam sekitar.
0 Comments