Cara Apply Free Shipping Program Untuk Peniaga Di Shopee

By Monday, January 21, 2019 ,



FREE SHIPPING PROGRAM ini actually adalah satu kolaborasi antara Shopee dan Pos Laju untuk mengajak lebih ramai orang membeli secara online. Secara ringkasnya, pembeli dan juga peniaga tidak perlu mengeluarkan kos pos lagi tetapi perlulah mengikut syarat dan terma yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee. Program ni juga dikenali sebagai Pengeposan Poslaju Berkontrak.


Kelebihan Shopee Free Shipping Program

  • Tidak perlu bayar upfront mase drop-off  semasa penghantaran di poslaju. 
  • Hanya perlu print out detail dan selitkan di bungkusan.
  • Boleh drop off di mana-mana cawangan Poslaju atau Pos Malaysia.
  • Shopee akan  kira berat total untuk tentukan jumlah kos penghantaran.


Syarat dan Terma:


1. Free shipping terhad kepada pembelian RM40 ke atas. Manakala RM30 pula untuk potongan separuh harga.

2. Berat parcel terhad kepada 5kg ke atas untuk Semenanjung dan 1kg ke atas untuk Sabah Sarawak.

3. Free shipping dibenarkan sehingga 5x pembelian sahaja sebulan untuk satu akaun buyer. Seller boleh untuk mempunyai berapa ramai buyer sekalipun.

Namun, jika belian di antara RM30 – RM40 pembeli tetap mendapat mengurangan kos pos. Cuma jumlah pengurangan harga mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak Shopee.




Proses untuk Mendapatkan Free Shipping Shopee


1. Download Shopee Apps di hands phone atau gajet anda. Anda haruslah daftar dahulu di sini. Pastikan anda  mempunyai printer untuk print out waybill.

2. Update alamat anda lihat sini.

3. Kira dan pastikan betul2 berat sebenar parcel anda. Refer contoh di sini.

4. Boleh refer di sini cara2 nak update berat parcel anda. Ada dua cara untuk update berat parcel anda. Boleh pilih salah satu yang anda prefer.

5. Setelah permohonan anda diterima, pihak Shopee akan bagi notifikasi di Apps anda dan akan ada sedikit pembaharuan di shipping setting anda. Boleh daftar Free Shipping di sini ya.

Lihat video:



DONE!

Nak belajar berniaga di Shopee? Klik sini.


***Klik sini untuk lihat bagaimana cara untuk menguruskan bahagian pengeposan barang kepada pelanggan anda  pula.


You Might Also Like

15 Comments

  1. Klu xda printer nak print kt pc boleh x

    ReplyDelete
  2. Boleh saya tau, selain poslaju & J&T express, kurier mana lagi yg Join program free shipping Shopee ni ye?

    ReplyDelete
  3. Hi salam, kalau kurang daripada rm30 mcm mana charge postage tu? Shopee cover juga ke? & kurang daripada 5kg juga mcm mana? Lepastu, activation tu memang masa tarikh yang kita apply ke? Sebab takut je tak dapat :( please jawab semuaaaa need ur help

    ReplyDelete
  4. Assalam... nak tanya kalau day apply berapa lama ye Kne tggu?

    ReplyDelete
  5. Salam, nak tnya kalau sudah apply free shipping di shopee, boleh terus jual produk ke mcm mne ? Atau kene tunggu tarikh yg di tetapkan oleh shoppee baru boleh dpt free shipping.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..Tak boleh nk buat la free shipping. Boleh tolong tak.

    ReplyDelete
  7. Documents apa akn di peelukan untk membuat account di poslaju

    ReplyDelete
  8. Sis nk tnya, address tu kna letak nma shop ke? Sbb saya buat kali ke-4 guna nma sndiri dlm address tu masih gagal nk aktifkan.

    ReplyDelete
  9. Pakai printer utk kertas A4 pon boleh kan...?? Ke kena pkai thermal label printer tue gak??

    ReplyDelete
  10. Hi, maaf bertanya . Adakah perlu sama alamat shipping dgn alamat seller. Sebagai contoh, kalau saya apply free shipping alamat shipping dekat kedah tpi saya belajar kat kel.

    ReplyDelete
  11. salam..sis mcm mana kita nak tahu yg shopee dah luluskan kita pnya permohonan

    ReplyDelete
  12. Bagaimana free shipping shopee Sabah sarawak dan Mcmmana kalu tiada printer

    ReplyDelete
  13. daftar shipping free melalui hp boleh tak

    ReplyDelete
  14. sy dh apply, tapi knp xmuncul lg logo free shipping

    ReplyDelete
  15. Gayanya kalau tak belajar kemahiran ilmu ini rugi la wehh!

    ReplyDelete