Salam gegadis dan jejaka... Ada satu port mandi di area Rawang selain Templer Park & Kanching rupanya. Hakakk baru tahu. Noob kan ...
Hari minggu di rumah memang agak membosankan. Kami pun dok pikir nak pergi mana. Google je la kawasan yang best di sekitar Selangor. Then kami memilih untuk ke Bukit Melawati. Actually masa aku kecil memang sini la tempat spot kami. Nak ke sini pun dah tak ingat jalan. haha
Nak pusing-pusing dihari minggu di Bukit Melawati ni perlu naik kereta api yang disediakan. Nak jalan kaki pun boleh actually. Tapi sini banyak monyet. Hakakk tak sanggup kena kejar...
Kalau tanya aku... Aku cuma bleh bagi rate 2 bintang sahaja untuk tempat ni. Kawasan ni macam tak terjaga. Tiada perubahan. Tiada beza sangat dari dulu dan sekarang. Kalau setakat nak jalan-jalan petang dan ambil angin ok laaa. Tapi banyak sangat monyet. Nak lepak pun takut. huhu
Nak pusing-pusing dihari minggu di Bukit Melawati ni perlu naik kereta api yang disediakan. Nak jalan kaki pun boleh actually. Tapi sini banyak monyet. Hakakk tak sanggup kena kejar...

Hari minggu di rumah memang agak membosankan. Kami pun dok pikir nak pergi mana. Google je la kawasan yang best di sekitar Selangor. Then k...
Dah lama sebenarnya aku tak ke ICity. Dah banyak yang berubah. Dari segi mainan outdoor dan indoor. Kebanyakkan nye opcoz berbayar. Tapi ok la makin meriah dari dulu. Ye la mana taknye masa aku ke sini dulu tempat ni masih dalam pembinaan lagi.
Aku sekeluarga hanya jalan-jalan di luar sahaja. Indoor activity belum pernah lagi. Oh ya now dah ada waterworld. Interesting. InsyaAllah akan berkunjung lagi ke icity. Ermm but maybe dengan rakan-rakan pula.
Dah lama sebenarnya aku tak ke ICity. Dah banyak yang berubah. Dari segi mainan outdoor dan indoor. Kebanyakkan nye opcoz berbayar. Tapi o...
Kami sampai di Tianjin Airport dalam jam 10 pagi. Agak jauh juga perjalanan dari Airport Tianjin nak ke hotel. Dalam perjalan ke hotel ada banyak perkara yang menakutkan dan tak best terjadi.
Pertama: Kami ternampak kemalangan berlaku. Tapi tour guide kata biar je. Kat sini ada kemalangan tak perlu tolong. Tunggu ambulance datang ambil. Tapi kita orang Malaysia ni memang dah ditanam sifat prihatin memang geram rasanya nak tolong sebab tiada kenderaan lain dan sesiapa langsung yang datang menolong. Aku tengok pemandu lori yang terlibat terduduk sambil menahan darah yang banyak keluar dari kepalanya.
Kedua: Dalam perjalanan ke Hotel, ada seorang perempuan tengah menahan sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki di tengah-tengah jalan raya. Punya la berani perempuan tu, siap maki-maki lagi pemandu tersebut. Panas baran orang-orang Beijing ni.

Kilang Sutera.
Forbidden City
Forbidden City ni tempatnya sangat la luas. Penat juga la nak berjalan dari pintu depan ke hujung. Lebih kurang 3kilometer kalau tak silap. Ramai sangat orang kat sini. Dah macam semut semuanya.

Jade Museum

Mutiara

Jalan-jalan dan bergambar di Summer Palace.
Great Wall of China
Kedai accessories
Pandangan dari bawah
Pandangan dari atas

Beijing Tea
Macam-macam jenis tea yang ada kat sini. Tapi selera aku hanya tea dari Malaysia.
Stadium Sarang Burung
Acrobatic.

Tianjin Market
Sebelum ke Tianjin Airport, kami sempat la berjalan-jalan di Tianjin Market. Hmm kat sini takde apa-apa yang menarik pun.

Antara restaurant santapan kami selama 5hari di Beijing. Makanannya hmm bukan selera aku... Tapi memandangkan aku bukan jenis yang kuat makan, makanan bukan masalah besar bagi aku. Makan je apa yang ada. hehe
Apa lagi yang tak best di Beijing;
- Orangnya yang tak mesra alam
- Kuat bergaduh. Masa aku tengah pilih-pilih barang di sebuah mall, ada 2 -3 kes pergaduhan yang jadi. Wei seram aku nak berjalan sorang kat sini dengan suasana yang sesak lagi.. Hmm tak seronok nak shopping.
- Setiap kali buat urusan pembelian lihat baki duit dahulu. Kadang-kadang peniaga akan bagi duit tak laku. Aku tak sure duit apa tu. Aku pernah terkena sekali semasa beli air di kedai berhampiran hotel. Tapi memandangkan tour guide kami dah bagi tau awal-awal, so aku dapat detect dan minta peniaga tu tukar duit yang betul terus.
- Tandas kotor. Takde paip air aku oleh terima lagi. Tapi kotornya, hmm memang bersih lagi toilet Malaysia. Itu tak campur lagi tandas yang takde pintu. Tak boleh blah betul.
- Kekurangan air mineral. Air mineral kat sini agak mahal.
Apa yang best di Beijing
- Pemandangan dari Great Wall of China memang best.
- Shopping. Tapi perlu pandai tawar harga. (aku tak minat shopping)
- Dapat kenalan baru dari kalangan pelancong Malaysia sendiri. Pelancong Malaysia punya la ramai. Memandangkan orang Beijing tak mesra alam jadi berkenalan dengan orang Malaysia je la. haha
Jika ada rezeki lagi untuk melancong, aku tak akan pilih untuk ke China. Aku sendiri tak paham kenapa orang Malaysia ramai yang suka ke sini. Mungkin para peniaga je yang dapat something di sini. Tapi bagi aku kalau nak melancong hmmm better ke negara lain.
Alhamdulillah... Aku dah ke salah satu tempat keajaban dunia.
BEIJING [Checked]
Kami sampai di Tianjin Airport dalam jam 10 pagi. Agak jauh juga perjalanan dari Airport Tianjin nak ke hotel. Dalam perjalan ke hotel ...
Trip to National Park ( Day 1)
9:30 am - Gerak dari Kuala Lumpur
12:00 pm - Sampai di pekan Jerantut. Daftar diri untuk ke Taman Negara. Makan dan teruskan perjalanan melalui Felda Padang Piol.
2:30 pm - Sampai sahaja di Kuala Tahan kami terus check in chalet. Rehat.
3:00 pm - Mulakan aktiviti. Naik bot jalan-jalan kat Sungai Tembeling. Naik bot sambil membasahkan diri. Main sembah2 air kat penumpang bot lain. Best! Memang habis basah dibuatnya. Masa ni memang kami semua dah dinasihatkan supaya simpan semua barang2 elektronik. Sebab memang takkan boleh elak dari kena air. Thats why takde picture. Then kami singgah ke perkampungan orang asli.
Di perkampungan orang asli ni kami banyak belajar cara2 hidup orang asli. Cara2 menyalakan api, cara membuat sumpit dan cara2 menyumpit. Dalam perjalanan pulang ke chalet kami mandi kejap di sungai tembeling ni. Dalam hookay nak mandi kena pakai life jacket.
8:30 pm - Lepas makan malam kami menaiki bot untuk ke Taman Negara. Tak jauh pun hanya perlu ke seberang je. Kalau pandai berenang aku pilih untuk berenang je. Lol. Tambang bot hanya 50sen. Aktiviti malam ni adalah Night Walk. Yang best nye Night Work ni, kami dapat belajar dan mengenal beberapa jenis serangga dan haiwan yang keluar pada waktu malam dan melihat sendiri serangga dan haiwan tersebut. Tak banyak picture yang dapat aku ambil. Takut kena tinggal. Dah la tengah malam. Hehe
Trip to National Park (Day 2)
8:00 am - Breakfast. Kemudian kami naik bot ke Taman Negara. Aktiviti pada hari ini ialah Hiking and Visit Tahan Hide. Nama tempat yang kami hiking ni Bukit Terisek. Erm Boleh tahan. Takde la tinggi sangat tapi basah jugak la baju dengan peluh. Hihi memang best. Sambil hiking sambil dapat kawan baru. Masa hiking tour guide kami sempat tunjuk kami sejenis daun yang bernama Daun Kaki Itik. Bentuk memang sebijik macam kaki itik.
Seterusnya kami melalui titian kanopi. Kanopi ni tak berapa tinggi. Cuma ia antara titian kanopi yang paling panjang yang aku penah lalu. Jauh jugak nak sampai ke penghujung.
Lepas je turun dari Bukit Terisek kami semua terus balik chalet and makan. Lapar sangat. Berehat kejap. Pada petang pula dalan jam 5:00 kami ke Taman Negara semula untuk mandi sungai pula. Nak ke sungai tu kami kena hiking sikit. Tak jauh pun. Air sungai memang sejuk tak hingattt. Sementara tengok yang lain mandi aku duduk berendam je kat tepi. Tak dapat mandi. Rupanya air dalam gila. Kebetulan ada orang berkayak singgah berehat aku apa lagi buat muka tak malu pinjam la life jacket. Haha janji dapat mandi walaupun kejap. Kejung jugak la kaki sebab air sejuk sangat. Memang tak boleh mandi lama2. Sabar je la... Tak puas sebenarnya. Sungai ni pun tak ramai yang tau actually. Ni pun dah habis pujuk tour guide baru dia bawak. Hihi
Waktu ni picture takde sebab memang datang nak mandi je. Camera malas nak bawak. Hewhew
Waktu ni picture takde sebab memang datang nak mandi je. Camera malas nak bawak. Hewhew
Hari ke-2 di Taman Negara actually agak memenatkan. Haha tapi walaupun penat seronok sebenarnya sambil beraktiviti sambil melihat alam sekitar.
Trip to National Park ( Day 1) 9:30 am - Gerak dari Kuala Lumpur 12:00 pm - Sampai di pekan Jerantut. Daftar diri untuk ke Tama...

