Cara-cara Merawat Kuku Kaki

By Sunday, July 06, 2014 ,


Kuku kaki yang tumbuh ada kalanya tidak sempurna dan memerlukan rawatan. Seperti mana wajah yang ditumbuhi jerawat apabila tidak dijaga dengan baik, begitu juga dengan kaki. Kuku kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan ia mudah patah, rapuh, tumbuh dengan tidak sempurna dan kelihatan tidak menarik.

a) Langkah awal perawatan bermula dengan memotong kuku jari yang panjang. Bersihkan juga bahagian bawah dan dalam kuku dengan alat pembersih kuku, jangan terlalu dalam dan jangan sesuka hati menggunakan alat pembersih kuku kerana ia boleh menyebabkan lapisan dasar kuku mudah rosak atau rapuh.

b) Sapukan krim khas pada kuku kaki untuk melembut dan memudahkan proses menanggalkan kotoran dan kutil-kutil pada celah jari kaki.


c) Seterusnya, dengan menggunakan putik kapas, bersihkan kotoran pada kaki tersebut. Buang kutikel atau kulit mati yang tidak diingini pada jemari kaki tersebut. Jika kuku kaki anda menghadapi masalah cagu, rawatan ini boleh membantu mengatasinya.

d) Kemudian, rendam kaki dalam air hangat serta garam dan juga sedikut antiseptik bagi mrmbuang kuman, mengatasi masalah bau kaki selain menghilangkan kotoran yang melekat pada kuku dan melembutkan kutikel yang sering terdapat di sekitar sisi pertumbuhan kuku bagi memudahkan proses membuangnya. Lapkan sehingga kering.

e) Setelah itu, sapukan sedikit buffing cream di atas kuku kaki untuk membuatkan kuku jari menjadi berkilat dan bersinar sebelum menggosoknya dengan menggunakan pengilat kuku.

You Might Also Like

0 Comments