Musibah: Mesej daripada Ilahi
Sumber: Google |
Sebuah negara yang menguji kekuatan pasukan tenteranya dan kehebatan senjata miliknya, sebenarnya sedang menyampaikan mesej kepada negara lain bahawa mereka kuat. Begitu juga dengan musibah yang menimpa penghuni alam ini, ia mengandungi mesej tertentu daripada Allah s.w.t.
Renungilah hikmah di sebalik musibah seperti berikut:
- Melatih diri agar dapat bersabar.
- Menyucikan hati daripada sifat-sifat tercela.
- Menguatkan iman seorang Mukmin.
- Agar manusia lebih dekat dengan Allah.
- Mungkin Allah rindu untuk mendengar rintihan hamba-Nya
- Supaya darjat umat dapat ditingkatkan.
- Musibah juga ditimpa akibat manusia memutuskan hubungan dengan Allah. Supaya manusia dapat mengambil pengajaran daripada musibah tersebut. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami telah menghukum (firaun dan) kaumnya dengan (mendatangkan) musim kemarau yang panjang dan kekurangan buah-buahan, supaya mereka mengambil pelajaran." (Surah al-A'raf 7:130)
- Musibah menguji tahap iman seseorang.
- Indicator bahawa Allah itu Maha Perkasa dan manusia pula hamba yang sangat lemah dan tidak berdaya apa jua.
- Musibah bagi menjadikan doa dan taubat itu betul-betul ikhlas. Manusia yang baru ditimpa musibah berada dalam keadaan yang lemah dan tawaduk. Ini boleh menghasilkan doa dan taubat yang tulus.
- Membangkitkan orang yang diuji daripada kelalaian nikmat dunia.
- Kadangkala orang yang ditimpa musibah akibat perbuatan orang lain. Keadaannya kini dikira orang yang teraniaya. Maka Allah telah merahmatinya dengan mengurniakan doa yang makbul.
- Musibah sumber pahala dan kebaikan.
- Musibah juga menunjukkan bahawa dunia ini hina dan tiada apa-apa jika dibandingkan dengan akhirat. Dunia hanya jambatan ke syurga atau neraka.
- Sesungguhnya pilihan Allah ialah pilihan terbaik berbanding pilihan seorang hamba. Begitu juga musibah, ia adalah pilihan Allah buat hamba-Nya.
- Kadangkala manusia tidak tahu akibat sesuatu perbuatan. Dengan adanya musibah, manusia dapat mempelajari sesuatu iaitu "akibat".
-Solusi: Memenuhi Harapan)-
0 Comments