Jangan Takut Untuk Berani Mencuba

By Wednesday, April 01, 2015

Jangan Takut Untuk Berani Mencuba…

Dalam kehidupan seorang "KERJA SENDIRI", Bukan kakitangan kerajaan atau swasta khasnya, pelbagai perkara yang perlu diambil kira dalam memenuhi impian sebagai seorang KERJA SENDIRI" yang berani untuk berjaya. Kejayaan tidak lahir secara semulajadi. Kejayaan akan lahir dan terbentuk daripada usaha yang tak pernah mengenal erti putus asa, doa yang tak putus serta sumber dan laluan yang diredhai. Itulah yang akan membawa kepada kejayaan yang sejati.

Dalam hidup ini, semua orang inginkan kejayaan. Semua orang mahukan nikmat kesenangan dalam setiap aspek kehidupan. Semua orang juga mahukan penghormatan atas kejayaan yang dibina itu. Secara normalnya, impian setiap orang adalah untuk berjaya dalam kehidupan. Sedikit sahaja yang menanam harapan berani untuk berjaya.

Kehidupan dan kejayaan adalah dua aspek yang berbeza, Kehidupan tidak menuntut untuk kita menjadi berani. Si penakut, walaupun takut tahap mana pun, ia boleh juga merasai nikmat kehidupan. Lain pula pada aspek kejayaan. Selagi ada tersirat "Aku takut untuk mengejar kejayaan", sampai bila-bila pun kejayaan itu tidak dapat dinikmati.

Hendak maju?
 
Kita kena cekal, kena berani, tidak perlu takut dan risau yang tak kena tempat. Itulah yang diperlukan dan perlu ada dalam diri kalau hendak mencari kejayaan dan kemajuan. Kita tidak perlu takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Andai kita tak cuba, kita takkan tahu hasilnya.

Orang lain yang melihat kita JATUH. BANGUN... GAGAL atau BERJAYA kadang-kadang mereka hanya pandai komen. Kalau kita jatuh, gagal... Ada kata-kata POSITIF dan tidak kurang juga yang mengutuk habis atas kejatuhan dan kegagalan kita... itulah MANUSIA.. biarkan mereka dengan kata-kata mereka. Kita teruskan dengan USAHA dan lalui semua itu dengan SABAR. Sekurang-kurangnya kita sudah mencuba jika dibandingkan dengan orang-orang yang hanya pandai berkata-kata TETAPI masih duduk diam.

Kita tidak akan rugi untuk mencuba. TETAPI kita TERAMAT rugi JIKA TIDAK MAHU MENCUBA.

Usah Takut Untuk Mencuba Perkara Baru.

-cikguzuejutawan-

You Might Also Like

0 Comments