Alasan Popular orang Gagal
Semua peluang datangnya daripada Allah. Allah anugerahkan kita PELUANG TERBAIK dalam saat kita betul-betul memerlukan walaupun kita sedang dilanda musibah,kesempitan dan kesusahan. PELUANG inilah yang akan mengubah nasib hidup kita, tahap kewangan kita, cara hidup kita, pemikiran kita,sumbangan kita kepada keluarga, bangsa dan agama.Peluang terbaik banyak dipersia-siakan dan TIDAK di"grab" keranakita mencipta 1001 alasan.
Antara alasan yang biasa kita dengar:
Alasan 1: "Aku belum bersedialah"
Hakikatnya: banyak yang kita lakukan kita tak bersedia tetapi kita beranikan diri untuk mencuba, akhirnya kita boleh lakukannya. Sama juga dengan sesuatu peluang bisnes atau yg lain. Kita MESTI BERANI untuk mencuba dan melakukannya.
Kita belajar dan dapatkan ilmu serta pengalaman, in shaa Allah semuanya akan jadi Mudah.
Alasan 2: "Aku tiada masa laa"
Hakikatnya: kalau bekerja 8 - 12 jam sehari sampai tiada masa, adakah kita dibayar dengan gaji yang setimpal?, adakah duit gaji kita cukup setiap bulan? Adakah kita sudah mampu bahagiakan ibu bapa kita dgn hadiahkan mereka Pakej Umrah/Haji Adakah sudah memiliki rumah?
Alasan 3: "Aku tiada modal laa"
Hakikatnya: pergi kerja pun ada modal yang kita keluarkan. Duit bayar tol, petrol, makan minum. Mana ada bisnes dlm dunia tiada modal. Ada modal kecil, sederhana dan besar. Kecil modal kecil pulangan tetapi modal besar pulangan pun besar. Kan nak untung juta2,mestilah berani spend modalnya.
Alasan 4: "Aku malu laa"
Hakikatnya: Malu adalah sikap yang negatif yang harus dikikis jika ingin berjaya dan kaya. Malu biarlah bertempat. Kadang2 buat maksiat kita tak rasa malu pun. Tak kan nak buat bisnes atau ubah hidup atau nak KAYA masih nak malu2 lagi. Lu pikir
sendiri!
sendiri!
Alasan 5: "Aku tak pandai laa"
Hakikatnya: Ramai jutawan atau org
yg berjaya bukannya pandai dlm pelajaran tetapi mereka pandai menggunakan PELUANG yang ada.Tak tahu, mereka tanya. Kan pepatah mengatakan "malu bertanya sesat
jalan".
yg berjaya bukannya pandai dlm pelajaran tetapi mereka pandai menggunakan PELUANG yang ada.Tak tahu, mereka tanya. Kan pepatah mengatakan "malu bertanya sesat
jalan".
Alasan 6: "Aku redha aje dengan hidup sekarang"
Hakikatnya: redha biar bertempat. Kalau hidup pun susah, makan pakai anak2 terabai, kepala pening memikirkan kewangan famili, masih lagi nak redha. Allah pun tak suka orang yang redha aje tanpa usaha. Kan Allah ada berfirman dlm surah ar Rad: "Aku tak akan ubah nasib sesuatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubahnya". Kita nak kaya, kita mesti usaha dulu, baru Allah berikan.
Alasan 7: "Aku nak fikir dulu laa"
Hakikatnya: fikir tak salah tapi berapa lama kita nak fikir. Adakah kita akan dapat jawapannya? Jawapan kita adalah bila kita ambil PELUANG itu dan lakukannya. Orang yang FAST ACTION dah jauh meninggalkan kita tapi kita masih lagi nak fikir. Lihat dan audit diri dalam kita sedang berfikir.
Alasan 8: "Aku nak tanya pendapat orang lain dulu"
Hakikatnya: Tak salah jika nak tanya pendapat orang lain tetapi tanyalah pada orang yang BETUL. contoh,kalau nak buat bisnes, tanya orang yg buat bisnes bukannya tanya kpd pekerja yang tegar. Pasti jawapan tak betul dan happy kan kita.
Alasan 9: "Aku nak lihat kau berjaya dulu baru aku buat".
Hakikatnya: kita mesti tahu bahawa kejayaan seseorang bukannya sama dan jangan kita jadikan kejayaan orang lain dulu untuk kita melakukannya atau mengambil sesuatu peluang.
Mungkin kita dulu lebih berjaya daripada mereka walaupun kita mengambilnya selepas mereka. Sepatutnya kita bersyukur sebab kawan kita atau ada orang nak berkongsi dengan kita. Best tak kita ambil peluang, kita berjaya dan kaya berkat perkongsian orang lain. Nasib baik mereka pilih kita. Jadi, berterima kasih kpd orang yang berkongsi dengan kita ok.
Alasan 10: "Aku nak kerja dulu laa,
bila umur 40 tahun atau pencen baru aku nak buat bisnes" Hakikatnya: Tanya diri kita. Senangkah kita sekarang? Cukup tak duit kita sekarang? Ada simpanan?
Dah beli rumah? Terjamin 100% makan gaji kita? Laratkah kita nak buat bisnes masa umur dah nak senja dan kudrat yg makin berkurang?
Ingat, nak berjaya dlm apa2 bisnes,ia memakan masa bertahun2 jugak.
Apa yang penting MULAKAN TINDAKAN KITA HARI INI!
Alasan 11: "Aku nak fokus kepada study dulu laa. Nanti tak dapat CGPA bagus, tak dapat kerja bagus2 nanti"
Hakikatnya: Hanya belajar semata2?
Apa beza kita dengan pelajar sekolah rendah dan menengah? Yakinkah kita akan dapat kerja bila dah grad?
Cukupkah gaji permulaan kita nanti?
Tak kan umur dah 20 tahun ke atas masih nak minta duit dgn parents
kita? Nak jadi golongan yang kejar 1/10 sumber rezeki atau 9/10?
Apa beza kita dengan pelajar sekolah rendah dan menengah? Yakinkah kita akan dapat kerja bila dah grad?
Cukupkah gaji permulaan kita nanti?
Tak kan umur dah 20 tahun ke atas masih nak minta duit dgn parents
kita? Nak jadi golongan yang kejar 1/10 sumber rezeki atau 9/10?
Inilah antara alasan2 yang akan MEMBUNUH IMPIAN kita dan penyebab EKONOMI MUSLIM terus jauh ketinggalan dengan bangsa lain.
JANGAN BERMIMPI LAGI!
KELUAR DARIPADA ZON SELESA KITA!
UBAH MINDSET!
JOM BERANI JADI USAHAWAN!
0 Comments