'General Knowledge' Mengenai Emas

By Sunday, July 05, 2015

Emas kene gst tak?

Yup, emas kene gst. Tapi cuma emas 916 sahaja yang kene, emas 999 tidak kene. Emas 916 adalah emas perhiasan manakala emas 999 adalah emas pelaburan. Semua produk emas atau perak yang berketulinan 99.5 dan ke atas adalah dikecualikan daripada gst.

Apa itu LBMA?

LBMA adalah singkatan kepada London Bullion Market Association, sebuah badan antarabangsa yang berpangkalan di london yang memberi pengiktirafan kepada emas. So, kiranya emas yang dikeluarkan oleh kilang yang mendapat pengiktirafan LBMA ni akan senang dijual beli di mana2 negara tanpa curiga, sekatan atau birokrasi seperti emas yang dikeluarkan oleh Nadir Metal Refinery edaran Public gold. Walau bagaimanapun emas tetap emas, semua orang terima, emas palsu je orang tak terima. Dan cuma kompeni2 yang ada kepentingan je memerlukan sijil dan pengiktirafan supaya produk diorang laku di seluruh dunia.

Apa itu spread?

Spread ialah istilah bagi peratus buy back yang biasanya lebih rendah dari harga asal. Emas terpakai apabila dijual balik atau digadai akan mengalami susut nilai RM dan berbeza antara satu kedai dengan kedai yang lain mengikut faktor yang mereka rasakan wajar. Walau bagaimanapun, emas tetap emas, tidak pernah susut nilai ketulinannya cuma pekedai, bank, dan pajak gadai sahaja yang merendah2kan nilainya atas tujuan keuntungan.

Apa itu lock?

Lock ialah istilah yang digunakan oleh pembeli dan peniaga emas online. Istilah lock tidak digunakan oleh peniaga dan pembeli emas offline kerana jual dan beli berlaku on the spot. Berbeza ketika online, tawar menawar jual beli berlaku dalam tempoh yang panjang disebabkan line slow, atau terganggu dengan kerja2 semasa. Oleh kerana harga emas berubah2 setiap masa so pembeli akan menggunakan istilah lock sebagai tanda ingin membeli dengan harga pada waktu itu. Walau bagaimanapun, lock harga hanya bertahan selama 24jam, jika tiada bayaran dalam tempoh tersebut lock dikira terbatal dan bayaran hendaklah mengikut harga baru jika harga emas berubah.

Mengapa harga emas berbeza?

Ya, harga emas berbeza antara seorang penjual dengan penjual yang lain. Begitu juga emas yang dijual dikedai dan emas yang dijual di internet atau oleh orang perseorangan. Biasanya pekedai akan mengikut harga yang ditetapkan oleh persatuan peruncit emas dan harga mereka biasanya lebih mahal dari harga yang ditetapkan oleh persatuan emas malaysia. Ada yang menjual dengan harga kawalan so tak payah ubah2 harga dah, ada yang tak ambik upah, ada yang meletakkan harga per gram murah tapi upah mahal, ada yang tak kenakan gst, ada yang kenakan gst, dan sebagainya. So boleh pilih mana satu yang penting jangan tertipu atau rasa tertipu selepas membeli.

Apa itu harga kawalan?

Dalam dunia emas pun ada harga kawalan. Harga ini ditetapkan oleh persatuan emas atau persatuan peruncit emas ( Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia). Tujuan harga kawalan ini adalah sebagai tanda aras supaya penjual tidak sewenang2 menjual dengan harga yang lebih mahal. So sebenarnya kita nak jual 1g berharga RM 200 pun boleh je. Tak salah pun. Cuma pembeli je yang rasa macam tersalah beli padahal tak salah pun. Betul la... itu emas dan dia telah membelinya...


Enquiries:

WA: 0122043633

IG: @iamniaizzati

Website: www.lubukemasmurah.com/niagoldbiz

Katalog Produk: http://agc139.com/product/productlisting

FB Page: Geng Jutawan Emas Malaysia - Niagoldbiz Legacy

You Might Also Like

0 Comments