CIRI-CIRI KEUSAHAWANAN RASULULLAH S.A.W

By Monday, January 18, 2016 ,

Sumber: Google

1. Tidak pernah menyakiti hati peniaga lain

Keperibadian Rasulullah saw disenangi walaupun daripada usahawan-usahawan lain yang merupakan pesaing.

2. Lurus dan tepat dengan kiraan

Membina kepercayaan adalah amat penting dalam perniagaan. Menipu dalam pengiraan atau berniaga bukan sahaja akan kehilangan pelanggan, malah akan menjadikan keuntungan kita tidak berkat.

3. Sentiasa senyum ketika menjual beli

Senyum itu sedekah. Senyum itu sunah. Tidak susah memberi senyuman, malah ia juga akan mengundang senyuman yang lain!

4. Jujur dan amanah

Sehingga baginda dikenali sebagai “Al Ameen” dikalangan usahawan dan juga pelanggan.

5. Lemah lembut ketika berniaga

Cara dan gaya Rasulullah saw amat disenangi oleh pelanggan-pelanggan tidak kira umur dan latar belakang. Pelanggan Rasullullah adalah dari pelbagai bangsa juga.

6. Berniaga secara kreatif

Ada ketika baginda memberitahu harga pokok barangan yang dijual dan memberi pilihan kepada pembeli untuk membelinya pada harga apa sahaja yang termampu!

7. Bukan mengejar harta semata-mata

Tidak mengejar harta untuk duniawi ketika berniaga.

8. Fasih dalam bertutur kata

Kebolehan berkomunikasi adalah penting ketika berniaga. Bukan sahaja gaya percakapan, tetapi juga komunikasi melalui keterampilan diri.

9. Bijak membuat keputusan

Rasulullah saw telah mendalami ilmu perniagaan dan belajar dari usahawan yang lebih berpengalaman sejak muda lagi, termasuk bapa saudaranya, Abu Talib.

9/10 rezeki datang dari perniagaan. Dalam menjana pendapatan tambahan, ilmu adalah amat penting.


Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Sebuah naskah terbaru terbitan Must Read, Muhammad Rasul Terakhir. Naskah yang padat tentang kisah hidup Rasulullah SAW.

Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW. Klik Sini. 

You Might Also Like

0 Comments