Cara Uruskan Pos Setelah Permohonan Free Shipping Program Diluluskan

By Monday, January 21, 2019 ,

Assalamualaikum,

Bagi yang telah/pernah baca entry sebelum ini, iaitu Cara Apply Free Shipping Program Untuk Peniaga Di Shopee, ini adalah sambungannya... Jika belum, boleh baca dahulu di sini.

Baik,

Setelah permohonan anda diluluskan anda perlulah alert dengan beberapa perkara;


Cara proses order dan penghantaran;

1.   Login Seller Centre dengan menggunakan komputer anda (seller.shopee.com.my), dan klik "My Sales"

2.   Di bahagian tab "To Ship" , pilih "Arrange Shipment" untuk order yang anda nak pos.

3.   Pilih "I WILL DROPOFF" (ini jika anda mahu hantar di mana2 Pos Laju atau Pos Malaysia yang berdekatan anda) atau "I WILL PICKUP" (ini jika anda ada order yang banyak dan mahu pos laju datang ambil ke tempat anda. *Perlu kelulusan dari Shopee dan Pos Laju dahulu). Rujuk sini

4.   Print Waybill (print 2 salinan & potong 4). 1 salinan anda simpan dan 3 lagi selit di parcel anda. Rujuk sini.




5.   Ambil dan isi borang PL9 di Pos Laju. Apa itu borang Pl9? Sila rujuk sini.




6.   Ikut cara2 pembungkusan di sini. Jangan la main bedal je ya. 

7.   Last sekali. Haaa ni yang paling best. Bila pelanggan anda sudah terima dan klik "Received", secara automatik duit jualan anda akn masuk ke akaun Shopee anda. Anda boleh la transfer masuk ke akaun Bank anda. Tapi ada limit ya dalam sebulan. Kalau nak keluar juga pun boleh, cuma akan dikenakan fee mengikut berapa nilai yang anda mahu transfer ke akaun bank anda. Boleh lihat di sini


DONE!!!

Updated Video:



Nak belajar berniaga di Shopee? Nia ada panduan untuk anda dari Zero to Hero berniaga di Shopee. Klik sini.

You Might Also Like

3 Comments

  1. SALA SIS NK TANYA. KENAPA ACC SHOPEE SY..TIADA ARRANGEMENT SHIPING. BUYER DAH BUAT PAYMENT. TP HY ADA BUTTON SHIP. BILA SY TEKAN..SHOPEE MINTAK SY BUH TRACKING NO. SY KE PJBT POS AMIK BORANG PL9 DAN BORANG KIRIMAN POS LAJU WARNA OREN. SY DAH LETAK TRACKING NO PD SYSTEM. IGTKAN BILA LETAK NO TRACKING TU...BOLEH PRINTWAYBILL...SKRG CMNE EK? KIRA NI POS MANUAL KE CMNE? TQ SIS. BOLEH X WASAP SY 018-9504565

    ReplyDelete
  2. Salam saya nak tanya,
    borang PL9 kena diisi dan dihantar setiap kali kita nak pos barang ke? Atau sekali seumur hidup? Terima kasih

    ReplyDelete
  3. Salam,sis nak tanya mcm kes saya ni, free shipping diluludkan tapi knp tak dpt yg tag free shipping rm 19 tu ye? Sy pn tk thu nk bt mcm mna.minta tlg ajar sis

    ReplyDelete