Tuntutan Dalam Memilih Makanan Yang Halal

By Thursday, February 25, 2021 ,

Sumber: Google


IMAM AS-SYAFIE memberi wasiat: "Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun."


Menjamin Kesihatan


Kepentingan memilih makanan dan minuman yang bersih serta halal, sangat dititikberatkan dalam Islam. Ini bertujuan memastikan makanan dan minuman itu tidak memudaratkan manusia.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud;

"Wahai orang beriman, makanlah barang yang bersih daripada apa yang kami kurniakan kepada kamu." (Hadis riwayat Muslim).

Makanan yang suci dan bersih akan menjamin kesihatan yang baik. Justeru, di samping memilih makanan yang berzat dan berkhasiat, sebaik - baiknya pada yang sama perhatian perlu diberi terhadap kebersihan dan kesuciannya dari segi syariat agama.

Sabda Rasulullah yang bermaksud; 

"Setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram, maka api nerakalah yang layak baginya." (Hadis riwayat at-Tirmizi)

Islam begitu menitikberatkan kesihatan umatnya. Seseorang mukmin yang sentiasa prihatin kepada kebersihan dan kesucian makanannya setiap hari, pasti akan lahir dalam dirinya nur keimanan yang membantunya menjaga kebersihan diri secara keseluruhan termasuk pakaian, tempat tinggal dan tubuh badan.

Dalam ibadat asas agama itu sendiri iaitu solat, aspek terpenting yang ditekankan ialah kebersihan diri. Allah tidak akan menerima solat hamba-Nya dala keadaan kotor dan hina. Ini sesuai dengan maksud hadis Rasulullah yang diriwayatkan Ibnu Hibban iaitu;

"Menjadi bersihlah kamu, kerana sesungguhnya Islam itu bersih."

Pemilihan makanan bersih dan halal menjadi keutamaan dalam ajaran Islam. Makanan yang haram pula sama ada ia daripada bahan yang dicampur najis atau benda bersumberkan punca yang tidak halal, akan mendatangkan tiga bahaya besar kepada pemakannya.


1. Makanan itu akan mempengaruhi jiwa pemakannya sehingga dia lebih gemar membuat kejahatan dan maksiat serta benci kerja kebajikan dan ketaatan.

2. Sebarang doanya todak akan dimakbulkan Allah.

3. Dia akan mendapat keseksaan neraka Allah pada hari akhirat kelak.


Menguatkan Ibadat


Apa juga bentuk makanan yang halal dan bersih perlu diikuti dengan peraturan memakannya. Makanan seimbang umpanya, akan dapat menghindarkan seseorang daripada dijangkiti penyakit.

Rasulullah saw begitu menekankan soal pemakann kepada sahabatnya. Baginda bersabda, pada diri setiap insan itu hendaklah diisi dengan keperluan sesuai dan sama pada setiap masa. Ini supaya apa saja bentuk makanan yang masuk ke dalam perut, bukan saja dapat dinikmati kelazatan dan nikmatnya, malah membolehkan seseorang itu melakukan ibadat degan tenaga dikeluarkan.

Rasulullah saw menyarankan agar perut manusia diisi dengan satu pertiga air, satu pertiga makanan dan satu pertiga lagi udara. Ini bukan saja bertepatan dengan kaedah ilmu sains dan kesihatan, malahan ia perlu diamalkan oleh setiap manusia. In shaa Allah, jika cukup jumlah yang disarankan Rasulullah itu, pasti hidup kita bukan saja akan dapat berasa nikmat kenyang, malahan hidup kita akan lebih mendapat rahmat dan keredaan Allah.


Adab Pemilihan Makanan


Dari aspek adab pemilihan makan pula, mukmin perlu menghindarkan diri daripada mengambil makanan yang sudah lama terbuka dari tin yang berkarat, makanan layu dan sebagainya. Kita memakan sesuatu jenis makanan untuk mendapat sejumlah tenaga yang mencukupi daripda zat yang terkandung di dalamnya.

Islam dan ilmu kesihatan begitu rapat hubungannya. Makanan atau minuman awal yang masuk ke dalam perut seseorang bayi adalah susu ibunya. Selain terjamin kebersihan dan suci dari segi syariat, susu ibu adalah pemangkin terawal untuk menyemai kasih sayang di antara seorang ibu dan anaknya.

Akhlak yang bakal dijelmakan oleh anak itu adalah melaui susuan ibunya. Tabiat si penyusu akan dipindahkan kepada anak yang menyusu. Jika solehah si ibu yang menyusukan, in shaa Allah akan lahir anak yang berakhlak mulia dan terpuji. Sebaliknya, jika minuman awal yang diberikan kepada bayi itu daripada susu haiwan, dikhuatiri akhlak bayi akan menjadi sebaliknya.

Islam juga melarang amalan berlebih 0lebihan dalam mengambil apa jua jenis makan dan minuman, malah yang digalakkan adalah sifat bersederhana ketika makan. Rasulullah bersabda yang bermaksud;

"Tiada bahaya yang lebih dibenci Allah daripada perut yang penuh dan ketat dengan makanan yang halal."

Kebanyakan penyakit bermula daripada salah pilih makanan, termasuk makan secara melampaui batas. Dalam hadis Rasulullah, Baginda bersabda maksudnya;

"Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik - baik ubat. Biasakanlah setiap tubuuh dengan apa yang lazimnya."

Justeru, makanlah sekadarnya sebagaimana anjuran Rasulullah iaitu 'makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang.' Apa yang tersirat di sebalik nasihat Baginda itu ialah bersederhana, iaitu apabila seseorang itu makan dalam keadaan terlalu lapar sudah tentu dia akan makan dalamkeadaan lahap dan melampau sehingga membawa kemudaratan kepada dirinya.

Sementara 'berhenti sebelum kenyang' pula membawa hikmah besar, iaitu jika seseorang makan dalam keadaan gelojoh dan lahap, pasti ia sukar berhenti. Ini kerana seleranya tidak dapat dikawal lagi. Apabila seseorang itu sudah sendawa, ia menunjukkan perutnya sudah cukup dengan isi yang diperlukan oleh tubuh untuk diproses dan ditukar menjadi tenaga. Tetapi apabila perut terus diisi dengan makanan sehingga terlalu sarat, sukarlah 'kilang' dalam perut untuk memprosesnya.

Hakikatnya, Allah begitu murka kepada hamba-Nya yang suka melampau batasan, termasuk dalam soal pemilihan, adab dan cara makan. Mereka yang melampau batas akan dibalas Allah dengan pelbagai jenis penyakit, sama ada ia menimpa individu tertentu atau menyerang manusia secara keseluruhan. 


Sumber: 30 Wasiat Imam Shafie

You Might Also Like

0 Comments