Bahan Bacaan Menarik Sesuai untuk Bulan Ramadhan

By Saturday, April 10, 2021

 


1. Riyadus Solihin

- Riyadus Solihin adalah karya agung Imam Nawawi. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak.

Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih. Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah.



2. Asbabun Nuzul: Sebab-sebab turunnya Alquran

- Buku Asbabun Nuzul: Sebab-Sebab Turunnya Ayat al-Quran ini menghuraikan sejarah dan sebab di sebalik peristiwa turunnya wahyu kepada Rasulullah SAW berdasarkan hujah dan dalil yang sahih. 

Buku ini dapat membantu orang awam memahami makna-makna al-Quran dengan lebih mudah dan jelas. Ia mengandungi sejarah setiap surah bermula daripada surah Al-Fatihah sehingga surah An-Nas.
Ia disusun dan ditulis oleh dua orang pakar tafsir al-Quran iaitu Professor Dato' Dr Zulkifli Mohd Yusoff dan Muhammad Mukhlis dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Apabila kita tahu sebab penurunan ayat, memahami bacaan, dan dapat menikmati maksudnya, dengan mudah sekali kita dapat mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya.

anpa mengetahui perkara penting yang menyebabkan ayat al-Quran diturunkan, tafsiran ayatnya boleh terpesong dan mencemarkan kesucian wahyu daripada Allah. Mengetahui asbabun nuzul sangat penting untuk kita menyingkap tabir kesamaran supaya jalan kebenaran menjadi terang.



3. Muhammad

- Biografi ini merupakan salah satu biografi Nabi Muhammad SAW yang terbaik pernah diterbitkan. Dengan gaya penulisan yang mudah difahami serta bahasa yang indah, Martin Lings menghadirkan kepada pembaca riwayat hidup Nabi Muhammad SAW dengan terperinci. Selain sisi peribadi baginda, biografi ini turut menyentuh aspek sosial, ekonomi dan politik pada zaman tersebut. 

Ia ditulis mengunakan sumber-sumber yang sahih dan sudah meraih banyak anugerah di peringkat antarabangsa.



4. Sejarah Umat Islam: Hamka

- Sejarah Umat Islam adalah buku yang komprehensif dalam menceritakan kisah sejarah Islam. Buku ini tidak hanya terhad menceritakan tentang sejarah Nabi Muahmmad s.a.w., bahkan meliputi serata dunia, dari zaman kegemilangannya hingga zaman keruntuhannya.



5. Amalan Mengangkat Darjat

- Buku ini menghimpunkan amalan-amalan yang bersumberkan hadits-hadits dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh alim ulama. 

Ia didatangkan dengan jadual lengkap seharian bagi membantu umat Islam memaksimumkan ibadah dalam setiap saat kehidupan, daripada bangun pagi hingga tidur kembali.

Boleh dapatkan buku-buku ini di @bookunia

You Might Also Like

0 Comments