Migrain: Punca dan Jenis Migrain

By Thursday, April 15, 2021

 

Sumber: Google

Sakit kepala pada hakikatnya adalah panas pada kepala kerana di dalamnya terkandung wap yang berputar untuk keluar dari dalam kepala, tetapi apabila tidak mendapat jalan keluar dari kepala, maka kepala menjadi sakit kerana diregangnya, seperti satu wadah yang panas di dalamnya wap, lalu wap itu mencari jalan keluar dari wadah tersebut. Segala sesuatu yang lembap, apabila ia panas, maka wap panas tersebut menuntut tempat yang luas daripada tempat asalnya, dan apabila wap panas ini terjadi pada seluruh kepala, sehingga tidak mungkin dapat keluar maka kepala menjadi sakit dan berdenyut-denyut, laksana kepala seperti mahu pecah.

Punca Migrain

1.      Adanya gas yang tebal dalam perut, lalu menguap naik ke kepala dan menyebabkan kepala menjadi sakit dan berdenyut-denyut.

2.      Penuhnya perut dengan makanan, kemudian makanan itu turun dan sebahagiannya tersisa dalam keadaan mentah, sehingga menimbulkan sakit kepala.

3.      Sakit kepala terjadi setelah hubungan seksual, disebabkan kelemahan tubuh, sehingga sampai kepadanya panas udara yang melebihi had.

4.      Sakit kepala tejadi setelah muntah-muntah dan perut kosong, baik kerana dominasi kekeringan atau kerana naiknya wap dari perut ke atas kepala.

5.      Sangat panas kerana hangatnya udara dan cahaya matahari.

6.      Terlalu dingin/ sejuk dan bertompoknya wap di kepala sehingga tidak dapat terurai.

7.      Tidak dapat tidur sepanjang malam.

8.      Banyak cakap yang akan melemahkan otak.

9.      Banyak pergerakan badan seperti bersukan yang tidak seimbang.

10.  Gejala-gejala psikologi seperti kegelisahan, kesedihan, penderitaan obsesi dan berfikiran buruk.

11.  Terlalu lapar sehingga wap tidak mendapat apa yang harus dikerjakan, lalu berkumpul dan naik ke otak hingga menimbulkan rasa sakit di kepala.

12.  Ketumbuhan atau kanser pada selaput otak, sehingga penderitaannya merasa kepalanya seakan-akan dipukul dengan tukul.

13.  Panas yang membara dalam badan, sehingga kepala menjadi sakit.


Apabila membuang air besar tidak teratur sebagaimana bertubi-tubinya makanan masuk ke dalam perut, maka perut akan panas. Wap najis yang berkumpul dalam usus berhari-hari akan menyerap ke dalam organ usus lalu menjalar seluruh tubuh, naik ke kepala sehingga kepala menjadi berat dan tidak selesa.

Keadaan yang seperti ini apabila ditambah pula dengan wap fikiran yang tertekan dan masalah rumit yang menimpa, maka kepala akan bertambah berat bebannya, maka berkemungkinan besar saraf kepala akan mengembang kerana didesak oleh belbagai-bagai gas, atau membuat saluran baru, lama kelamaan boleh menimbulkan penyakit lain yang mengerikan seperti barah otak dan strok.

Jenis Migrain


  • Migrain Klasik (Classic Migraine)

Antara 10 hingga 15 peratus pesakit migraine mengalami migraine jenis ini. Lazimnya, 10 hingga 30 minit sebelum berlakunya migraine, terjadi selama lima hingga 15 minit.

Tanda-tanda aura ini adalah seperti terlihat cahaya terang, penglihatan berganda, pitam sementara, kebas, kepala berpusing-pusing dan sukar bercakap. Selepas tanda-tanda ini hilang maka migraine akan menyerang.

Aura dikatakan disebabkan saluran darah yang menghantar darah ke otak dan tisu sekelilingnya mengecil sehingga mengehadkan penghantaran darah ke bahagian tersebut. Ini menyebabkan gangguan pada saraf rasa.

  • Migraine Biasa (Common Migraine)

Tanpa amaran terlebih dahulu seperti migraine klasik, migraine jenis ini lebih biasa terjadi. Sebab-sebab terjadinya migraine adalah apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat. Migraine ini juga dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Disebabkan ia berlaku sedemikian masih belum diketahui dengan jelas. Bagaimanapun, beberapa perkara penting yang menyebabkan fenomena ini berlaku adalah seperti berikut:

Keturunan: Saluran darah individu tertentu tidak begitu sensetif kepada kesan-kesan penyejukan (effect of cooling). Membran platlet pula tidak mampu mengekalkan serotonin dengan berkesan (serotonin adalah bahan kimia dalaman yang boleh mengecutkan saluran darah).

Pemakanan: Makanan yang mengandungi monosodium glutamate MSG (seperti Ajinomoto), cheese, nitrat, coklat, kekacang, alcohol dan aspartame boleh menyebabkan migraine jika diambil berlebihan. Ada antara makanan ini yang mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan saluran darah, hingga menyebabkan migraine. Kemungkinan juga makanan ini mnyebabkan reaksi alergi yang akan menyebabkan migraine.

Diet: Menurunkan kandungan gula dalam darah mungkin menyebabkan migraine. Ini kerana kandungan gula yang rendah menyebabkan saluran darah mengembang.

Waktu makan: Tidak makan, lambat makan mengikut waktu atau pemakanan tidak teratur juga boleh menyebabkan terjadinya migraine.

Minum kafein: Orang yang kerap meminum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi dan pelbagai jenama kopi selalu menghadapi caffeine withdrawal syndrome jika mereka cuba menghentikan tabiat mereka secara mendadak. Sindrom ini sama dengan migraine. Ini adalah kerana kafein menyempitkan saluran darah dan memberhentikannya akan menyebabkan saluran darah mengembang.

Hormon: Turun naik hormone wanita, oestrogen, dikaitkan dengan kejadian migraine. Migraine mungkin tidak disebabkan oleh oestrogen secara terus, tetapi disebabkan oleh paras oestrogen yang tidak menentu naik dan turun.

Mengandung: Selalunya boleh berlaku ketika ibu mengandung.

Haid: Ramai wanita yang mengalami migraine sebelum, semasa dan selepas dating haid.

Pil perancang: Ada pil perancang yang mengandungi oestrogen. Ini boleh menyebabkan migraine.

Menopause (putus haid): HRT (hormone replacement theraphy) yang menggunakan hormone termasuk oestrogen menyebabkan mereka yang mengambilnya mengalami migraine.

Tidur: Berlaku pertukaran dalam masa tidur dan jaga. Terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine.

Ubat: Ubat yang menyebabkan saluran darah mengembang boleh menyebabkan migraine. Begitu juga dengan beberapa persediaan herba seperti yang mengandungi ginkgo biloba. Penggunaan berlebihan ubat migraine juga boleh menyebabkan migraine.

Penyebab-penyebab lain ialah perubahan cuaca, cuaca terang matahari atau lampu, bunyi bising yang kuat. Bau yang kuat, memonton televisyen, memandang skrin computer dengan lama selain stres dan tekanan emosi. Sesetengah orang mengalami migraine selepas mengahdapi tekanan emosi dan sesetengahnya semasa mengahadapi tekanan emosi. Hakikatnya wanita lebih kerap (tiga hingga empat kali) terkena migraine berbanding lelaki.

Rawatan Tanpa Ubat

1.      Menghadkan pemakanan dan makan secara teratur. Wanita yang menghadapi migraine perlu mengurangkan pengambilan garam kerana garam boleh menyebabkan fluid retention.

2.      Pengurangan stres seperti senaman yang kerap dan teratur dan mengamalkan teknik-teknik untuk mengurangkan ketegangan badan.

3.      Kenakan benda yang panas seperti menggunakan botol air panas.

4.      Kenakan benda yang sejuk seperti beg yang mengandungi ais.

5.      Cara hidup yang lebih teratur dan dapatkan tidur yang cukup.

6.      Baring di tempat yang gelap dan sunyi pada permulaan migraine.

7.      Biofeedback. Pesakit diajar mengawal pengembangan dan pengecutan otot dan saluran darah. Teknik ini lebih berkesan jika diajar kepada pesakit kanak-kanak.

8.      Rawatan lain seperti refleksologi (urut saraf kaki).

-Sumber: Pengubatan Al-Quran – Ustaz Raflis Sabirin-

You Might Also Like

0 Comments