The Human Complex | Zamir Mohyedin & N.H.M
Tahukah anda bahawa kajian, debat dan perbincangan mengenai minda telah mula dijalankan sejak purba lagi?
Antara catatan terawal mengenai psikologi manusia adalah pada tahun 387 SM apabila ahli falsafah terkenal Plato mengusulkan pendapat beliau dengan mengatakan bahawa otak merupakan lokasi atau tempat untuk proses minda berjalan, manakala pada tahun 335 SM, Aristotle mendakwa proses tersebut berlaku pada jantung manusia.
Saintis-saintis Islam juga tidak kurang hebatnya dari segi sumbangan mereka dalam kajian minda manusia. Misalnya, Ibn Sina yang mengkaji dan berkeupayaan untuk merawat sawan, mimpi dan masalah lemah daya ingatan. Selain itu, hospital pertama yang mula merawat masalah berkenaan psikiatri telah diasaskan oleh doktor-doktor Muslim pada zaman pertengahan dulu.
Nia cadangkan anda baca 'The Human's Complex ini jika anda berminat nak menyelami logik di sebalik minda dan kelakuan manusia melalui eksperimen-eksperimen yang telah dijalankan oleh saintis dan pakar psikologi.
Jangan risau, buku ini tidak menyentuh aspek atau lapangan psikologi yang berat seperti klinikal, kesihatan dan sains-neuro. Buku ini hanya menyentuh aspek sosial dan tingkah laku. Aspek yang dapat kita perhatikan dalam kehidupan harian di sekeliling kita, juga aspek interaksi seharian kita dengan manusia lain.
"The mind of man is capable of anything." - Joseph Conrad
0 Comments