Kenapa PERLU Pilih Projek Ternakan Kambing Berbanding Yang Lain?

By Thursday, August 12, 2021 ,

Sumber: Google

3 Sebab UTAMA Ternakan Kambing lebih berbaloi:

1 - Banyak permintaan (daging & susu kambing)

2 - Boleh mula dengan modal kecil (dari RM5K!)

3 - Mudah diuruskan!


Boleh Ke Mulakan Projek Ternakan Kambing Dengan Modal RM5000?


Ya... Dengan RM5000, anda boleh mulakan projek ternakan kambing secara kecil-kecilan.

DENGAN SYARAT, anda sudah ada tanah sendiri & mampu membeli sepasang baka kambing.


Pernah tak anda fikir kenapa para penternak kambing kecil-kecilan sentiasa tersenyum walaupun banyak menghabiskan masa dan tenaga mereka setiap hari menjaga kambing-kambingnya tanpa rasa jemu?

Ya, ini kerana projek ternakan kambing sangatlah menguntungkan dan mampu buat duit lumayan walaupun ia kelihatan sedikit memenatkan jika anda lakukannya sendiri secara kecil-kecilan!

Bayangkanlah jika anda memiliki ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan baka-baka kambing pedaging & penusu yang sihat dan 3G (gemuk, gebu, gempal), pastinya projek ternakan kambing anda menjana keuntungan yang sangat lumayan- DIJAMIN!

Ia disebabkan oleh permintaan terhadap kambing yang sangat tinggi dari dalam dan luar negara DAN permintaan ini semakin meingkat dari tahun ke tahun..

Tapi bagaimana sebenarnya ternakan kambing ini mampu menjana keuntungan lumayan untuk para penternak?


Berikut antara 5 cara sebenar bagaimana para penternak kambing membuat duit yang banyak dengan hanya menternak kambing:


  • Menjual Kambing

Ramai orang mahukan kambing sama ada untuk mendapatkan dagingnya bagi tujuan kenduri atau makan sendiri mahupun mendapatkannya untuk memulakan projek ternakan secara kecil-kecilan. Jika anda mempunyai baka kambing yang bagus, anda mampu buat duit lumayan dengan menjual kambing. Malah anda juga boleh mengeksport daging kambing anda ke luar negara!

  • Menjadi Pembekal Susu Kambing

Susu kambing mempunyai khasiat yang banyak dan sangat menyihatkan. Ramai pengeluar produk berlumba-lumba mengeluarkan produk susu kambing sama ada untuk diminum ataupun sebagai produk penjagaan diri seperti sabun dan syampu. Anda pasti dapat jana keuntungan dengan menjadi pembekal susu kambing kepada para pengeluar produk tersebut.

  • Menjadi Pembekal Kulit, Bulu & Tanduk Kambing

Kulit, bulu dan tanduk kambing mungkin tidak bernilai di mata anda tetapi ia turut mendapat permintaan yang tinggi bagi tujuan menghasilkan kraftangan. Malah ada yang menghasilkan jaket-jaket kulit serta kasut boot berasaskan kepada kulit kambing. Ia mampu menjana keuntungan besar untuk anda.

  • Menjadi Pembekal Baja Organik

Najis kambing mungkin berbunyi agak kotor dan tidak menyenangkan tetapi ia boleh menjadi baja organik yang bagus untuk tanaman-tanaman anda. Ia terbukti sangat berkesan dan tidak mendatangkan sebarang kebahayaan kepada tanaman serta ternakan anda. Ia boleh menjana keuntungan tanpa perlu kos yang tinggi.

  • Menjadi Pembekal Usus Kambing

Sekilas pandang, usus kambing mungkinlah antara organ yang kita sering anggap remeh dan tidak berguna tetapi ia sebenarnya sangat bermanfaat dalam bidang perubatan. Usus-usus kambing ini akan diproses dan dijadikan sebagai benang jahitan pembedahan kerana ianya sangat tahan lama dan terbukti selamat digunakan.

Jadi, ini antara 5 cara utama bagaimana para penternak menjana pendapatan lumayan melalui projek ternakan kambing.. Patutlah ramai orang semakin berminat untuk terjun ke bidang penternakan kambing kerana ia terbukti menjanjikan keuntungan!

Bukan setakat itu, anda juga boleh buat duit sampingan setiap bulan sambil-sambil anda menternak kambing.. Ini mampu membantu anda terus menjalani kehidupan harian tanpa perlu berfikir panjang tentang sebarang masalah kewangan..

Jadi tiada alasan lagi untuk anda tidak berani memulakan projek ternakan kambing anda sendiri kerana ia mampu membantu anda menjana keuntungan lumayan DAN menjana income sambilan yang agak menguntungkan walaupun anda masih baru memulakannya!


Tapi langkah pertama untuk mencapai impian tersebut adalah dengan mempersiapkan diri anda dengan 5 perkara yang paling penting ini.


1. Persiapan Perancangan & Mindset

Memiliki perancangan yang jelas adalah kunci kepada kejayaan sesebuah projek ternakan walaupun anda mahu memulakannya secara kecil-kecilan. Mindset yang betul sangat penting bagi memastikan anda tidak membuat kesilapan yang merugikan anda pada masa depan.

2. Persiapan Fizikal & Mental

Menternak kambing merupakan satu kerja yang memerlukan tenaga yang banyak jika anda tidak mampu mengupah orang lain. Nak cari tanah, tanam rumput, bina kandang, jaga kambing dan sebagainya. Mental dan fizikal anda perlu kekal sihat untuk memastikan ia berjaya.

3. Persiapan Ilmu

Dalam apa jua bisnes, ilmu sangatlah penting kerana tanpa ilmu, segala kerja anda pasti tidak menjadi dan hanya sia-sia sahaja. Jadi sebelum mulakan projek ternakan kambing, pastikan anda belajar ilmu ternakan yang betul serta menghadiri latihan berkaitan dengan penternakan kambing.

4. Persiapan Modal

Dalam penternakan kambing ini, persiapan modal adalah sangat penting kerana anda perlu ada tanah yang sesuai, membina kandang yang selesa untuk kambing, kos dapatkan baka kambing, kos utiliti dan sebagainya. Anda boleh guna duit sendiri, meminjam daripada ahli keluarga dan rakan-rakan ataupun meminjam dari bank (untuk projek skala besar).

5. Persiapan Networking

Satu perkara yang sering kita terlupa ialah kita sangat perlukan networking yang luas untuk memastikan projek ternakan kambing kita dapat dimulakan dengan lancar. Mempunyai jaringan networking dengan para penternak lain terutamanya yang sudah berjaya, para pembekal makanan kambing dan sebagainya sangat penting untuk memudahkan projek ternakan anda.

Masa depan serta potensi keuntungan projek ternakan anda bergantung sepenuhnya kepada persediaan ini!

Memiliki sebuah ladang ternakan kambing yang luas, dipenuhi dengan baka-baka kambing yang 3G (gemuk, gebu, gempal) SERTA mampu menjana keuntungan lumayan hasil daripada ternakan kambing merupakan impian setiap penternak.

Itu belum lagi ditambah dengan permintaan dari dalam dan luar negara untuk mendapatkan daging-daging serta susu kambing.. Fuh, sungguh bahagia jika ia jadi kenyataan!

Ia bukanlah sesuatu yang tak masuk akal kerana pada tahun 2020 lepas sebanyak 12,000 ekor kambing diimport ke negara kita terutamanya menjelang musim perayaan. Ini menunjukkan ada permintaan yang tinggi terhadap daging kambing.. Ianya tidak mustahil untuk dicapai!

5 perkara ini sangatlah penting jika anda mahu berjaya dalam projek ternakan kambing anda walaupun anda memulakannya secara kecil-kecilan.

Ada MODAL tapi tiada ILMU, projek anda hanyalah sia-sia dan merugikan anda..

Ada ILMU tanpa TINDAKAN pula hanyalah membuatkan impian anda sekadar angan-angan kosong yang takkan jadi kenyataan!

Jadi adakah anda benar-benar bersedia untuk memulakan projek ternakan kambing yang benar-benar menguntungkan ini?

Nak belajar cara sebenar memulakan penternakan kambing yang benar-benar menguntungkan anda?

Pelajari cara sebenar penternakan kambing yang menguntungkan di sini.

You Might Also Like

0 Comments