Genesis : Kosmologi Dan Dunia Kuantum
Buku ini mrngandungi pengisian yang mantap dan berlandaskan pengetahuan pengetahuan fizik yang kukuh serta bukan sekadar sentuhan di permukaan sainsa sahaja. Ia mantap dan padat, namun ditulis dalam cara yang mudahdi fahami oleh mereka yang bukan ahli fizik.
Ia bukan hanya penceritaan linear tentang hukum-hukum alam, tapi juga menyelitkan persoalan menarik tentang penggunaan hukum-hukum tersebut dalam persoalan perantauan ke angkasa lepas dan ke galaksi-galaksi jauh.
Genesis mempunyai maksud asal usul, permulaan, evolusi atau kelahiran. Buku ini bakal menjelaskan tentang bagaimana alam smesta ini diciptakan dan menghuraikan tentang sifat-sifat jirim yang menjadi isinya.
Bahagian pertama berkenaan tentang Genesis Alam. Genesis Alam ini menceritakan tentang sejarah kejadian alam semesta bermula daripada kelahirannya sehinga kehancurannya kelak. Turut menyentuh tentang peristiwa kejadian sistem suria.
Bahagian kedua mengenai Genesis Kuantum. Genesis Kuantum mengisahkan tentang blok-blok yang menjadi binaan asas kepada penciptaan dan pembentukan alam semesta.
Bahagian ketiga mengenai Genesis Daya Semulajadi. Genesis Daya Semula jadi ini mengisahkan tentang hukum atau sistem yang menggerakkan alam ini.
Di bahagian terakhir pula mengenai Eksodus iaitu berkenaan penghijrahan beramai-ramai. Ia menceritakan tentang teknologi masa hadapan manusia, iaitu teknologi yang membawa manusia berhijrah dari bumi ke galaksi jauh, dimensi lain atau alam realiti selari.
Boleh dapatkan buku ini di >>>>> Bookunia
0 Comments