PERISTIWA YANG MENAKJUBKAN SEBELUM KELAHIRAN NABI MUHAMMAD SAW

By Thursday, October 07, 2021

Sumber: Google

Kelahiran Baginda menjadi seribu satu tanda bahawa Baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam. Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

1. Semasa Rasulullah SAW berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang nabi dan penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu tanda kehamilannya ialah dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya. 

2. Ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya. 

3. Peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam alQuran dalam surah al-Fil, datang menyerang Kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmud. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah . Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah. 

4. Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Dia berkata, “Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”


Ingin lebih mengenali Rasulullah SAW? Dapatkan naskah Muhammad SAW Rasul Terakhir di sini ==>> Klik sini

You Might Also Like

0 Comments