HATI

12:45


HATI YANG SEDAR
Firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengadungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannyabersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.” (Surah Qaf 50:37)

Ya Allah, KURNIAKAN kepadaku hatiku seperti ini…

HATI YANG BERSIH
Firman Allah, maksudnya:
“Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya – yang sedia bersih – bertambah-tambah bersih (dengan imam dan amal kebajikan).”
(Surah as-Syams 91: 9)

HATI YANG LURUS
Firman Allah, maksudnya: (Mereka berdoa dengan berkata):
“Wahai Tuhan kami, Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepda kami limpah rahmat-mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya.”
(Surah Ali ‘Iimran 3: 8)

Dan Kau PELIHARA daripadaku hati ini…
HATI YANG TERHIJAB (TERTUTUP)
Firman Allah, maksudnya:
“Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar).”

(Surah al-An’am 6: 25)

You Might Also Like

0 comments

Followers

Contact Form

Name

Email *

Message *