SUTRAH DALAM SOLAT

By Wednesday, July 31, 2013

Sumber: Google



Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
Sekiranya seseorang yang lalu di hadapan orang yang bersolat itu mengetahui apa jenis dosanya (lalu di hadapan orang solat), nescaya untuk berhenti selama 40 tahun adalah lebih baik baik baginya daripada meneruskan lalu di hadapan orang solat ini.” Berkata perawi: “Aku tidak pasti sama ada NAbi menyebut 40 hari atau bulan atau tahun.” (Riwayat al-Bukhari)



SUTRAH: HIKMAH DAN FALSAFAH

1.     Sutrah bermaksud sesuatu objek yang dijadikan sempadan kawasan solat, ataupun sebagai penghadang. Sutrah boleh menggunakan apa-apa objek di depan arah kiblat seperti batu, tongkat atau tang da boleh juga membuat satu garisan.
2.     Hikmahnya adalah bertujuan untuk memusatkan pemikiran orang yang sedang solat, tanpa diganggu dengan lalu lalang orang lain. Selain itu ia bertujuan memberi tanda bahawa orang itu sendang solat. Jarak antara kaki dengan sutrah adalah adalah kira-kira tiga hasta (siku sampai hujung jari tengah) termasuk ruang untuk sujud.
3.     Sutrah disyariatkan baik bagi solat berjemaah dan juga solat secara sendiri, termasuk juga solat sendirian di rumah. Juga bagi solat sunat seperti Rawatib, solat Dhuha. Solat Tahiyatul Masjid dan lain-lain.
4.      Dala solat berjemaah, sutrah adalah dihadapan imam. Sutrah makmum mengikuti sutrah imam. Maka dibolehkan melintasi makmum apabila ada keperluan (contohnya batal wuduk).


DALIL

1.     Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: “Apabila seseorang di antara kamu ingin bersolat, hendaklah ia meletakkan di hadapannya sesuatu. Sekiranya tiada, letaklah tongkat. Sekiranya tiada buat satu garisan kemudian tiada lagi mudarat sesiapa yang lalu di hadapannya.” (Riwayat al-Tirmizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibn Hibban)



Secara purata, para ulamak bersepakat bahawa meletakkan penghadang di hadapan ketika solat adalah sunat, tidak sampai ketahap wajib. Namun jika dilihat kepada tujuan meletakkan sutrah ini, ternyata ia merupakan satu bentuk perkara sunat yang dituntut.

You Might Also Like

0 Comments