Thursday, 14 November 2013

BACALAH YASSIN

 
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1.       Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi Kenyang.
 
2.       Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
 
3.       Jika orang belum berkahwin akan dapat jodoh.
 
4.       Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
 
5.       Jika terpenjara akan dibebaskan.
 
6.       Jika musaffir membacanya, akan mendapatkan kesenangan apa yang dilihatnya.
 
7.       Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
 
8.       Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
 
9.       Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
 
10.   Jika dibacakan kepda orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
 
11.   Rasulullah s.a.w bersabda: “ Sesungguhnya sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
 
12.   Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangka jenazahnya”.
 
13.   Malaikat maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga dating Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
 
14.   Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “ Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan dibri kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.


0 comments:

Post a Comment