Wednesday, 29 April 2015

Antara Sebab yang Membuatkan Orang Takut nak Beli Emas





  Takut kene bayar  zakat

   - Yup, ini duduk “ranking” no. 1. Kebanyakan dari mereka seperti “mengeluh” atau “takut” kena bayar zakat kalau simpan emas. Kita takut sebab kita tak biasa. Pergi je lah pejabat zakat, bukan ada hantu pun, yang jaga kaunter tu pun bukan zombie. Kita takut juga kerana kita tidak ada ilmu, tapi bila kita memiliki emas kita akan memiliki ilmu samada dengan membaca atau bertanya. Kalau kita dah biasa dan kita dah tahu cara2nya tapi kita tak bayar juga, sikap kita lah yang bermasalah, bukan masalah zakat. 

- Alhamdulillah, dari satu segi, ini menunjukkan, betapa orang Melayu Islam di sini rata ratanya mengambil berat tentang zakat, dan ini suatu perkara yang harus dipuji. Tetapi dari satu sudut yang lain, janganlah jadikan zakat sebagai penghalang untuk membuat perlaburan atau simpanan emas, bukankah zakat itu suatu ibadah? Ibadah yang menyuburkan harta. 

- Rata-rata yang ditanya masih tak faham beza antara zakat emas yang dipakai dan emas yang tidak dipakai. Emas tidak dipakai (disimpan) bersamaan 20 dinar (80gram). Manakala uruf, mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak zakat negeri-negeri. 

Takut Mati

  - Mati itu pasti, tak payahlah kita takut. Kita kene takut kalau kita tak mati2. Macamne kehidupan kita, di mana kita nak tinggal, nak makan apa, bil2 seme nak kene bayar. Janganlah kita fikir duduk menumpang dengan anak2 pun boleh, meminjam pada adik beradik, meminta pada kerajaan, atau memohon zakat. Janganlah fikir meminta2 itu perkara yang mudah. Tak cukup dengan air muka, maruah kita pun tergadai. Sementara masih kuat, berusahalah untuk satu hari yang kita tak mampu apa2.

  Takut emas kena curi

   - Pencuri itu ibarat lalat. Mereka tidak datang jika tidak dipanggil. Jika ada sampah busuk, bangkai, kita memasak di dapur bahan2 yang berbau seperti belacan, ikan kering, ikan basah, ayam, dll... maka datanglah lalat. Begitu juga kalau kita menyimpan barang curi, barang yang tidak dibayar zakat, datanglah pencuri untuk mengambil hak mereka.

  Takut emas tak laku


   - Kalau emas tak laku perit juga kumpul dah banyak. Kalau kumpul emas palsu memanglah tak laku. So, kalau nak beli, belilah yang original. Beli di kedai2 atau ejen yang sah memang menjual emas. Jangan beli dengan orang2 yang tidak dikenali atau siasat dahulu sebelum membeli. Beli dengan harga yang sebenar. Jangan asal harga murah je beli. Sangat bahaya. Entah emas palsu entah emas curi.

Jadi, tak payahlah kita takut. Tak payahlah kita takut-takutkan diri kita dengan sesuatu yang tidak ada. Bebaskan diri kita mencipta sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan yang biasa-biasa saja kita lalui setiap hari.



0 comments:

Post a Comment