Syukur

By Tuesday, December 09, 2014

Sumber: Google


Bagaimana Cara Untuk Bersyukur?

Syukur bukanlah bermakna dengan hanya dengan melafazkan kalimah “syukur”. Ada beberapa cara untuk melahirkan syukur. Satu hadis syarif yang diriwayatkan oleh Imam al-Baihaqi:

Menyebut nikmat Allah itu merupakan kesyukuran dan meninggalkan menyebutnya merupakan kekufuran. Sesiapa yang tidak mensyukuri yang sedikit tidak akan mensyukuri yang banyak dan tidak akan mensyukuri Allah Taala” (Riwayat al-Baihaqi no 4419)

Syukur adalah tugas seorang hamba kepada Tuhannya. Orang yang tidak bersyukur digambarkan sebagai mereka yang ketandusan budi. Cuba kita renungi, jika seseorang memberi hadiah kepada kita, kepada siapakah perasaan saying sepatutnya diberikan? Kepada barang yang diberi ataupun kepada yang memberi? Sudah tentu perasaan sayang lebih kepada si pemberi.

Akibat Tidak Mahu  Bersyukur

Telah banyak kisah-kisah kaum terdahulu yang ego dan takabbur dengan kemewahan dan kekayaan yang diperoleh lalu akhirnya dimusnahkan oleh Allah s.w.t.. antaranya Qarun dengan kekayaan hartanya, Firaun dengan kekuasaannya. Tidak terkecuali umat Islam kini, sudah ada yang tiada lagi perasaan berterima kasih di atas nikmat kurniaan Ilahi yang tidak terhingga. Buktinya, masih ramai lagi yang telah mengabaikan Islam dalam kehidupan; Islam hanya pada ibadah tertentu, bukan pada cara hidup.

Kalimah “Alhamdulillah”

Setiap kali kita solat, surah al-Fatihah wajib dibaca sebagai rukun dalam solat. Jika ditafsirkan surah tersebut dengan kalimah demi kalimah, kita akan dapati kalimah “Alhamdulillah” melambangkan kesyukuran mutlak, makna yang mendalam, tinggi dan meliputi seluruh aspek.

Begitu juga dalam bacaan wirid selepas solat turut disunatkan menyebut subhanallah, alhamdulillah dan Allahhuakbar sebanyak 33 kali setiap satu agar semangat bersyukur kepada Allah menjadi darah daging kita.

-Solusi: Punca Tidak Ceria-


You Might Also Like

0 Comments