50 Formula Kekayaan & Kejayaan by DAO
Sumber: Google |
1. Bersyukur dengan apa yang ada sekarang dan yang
akan datang untuk memiliki lebih banyak lagi keberkatan kejayaan di masa
hadapan.
2. Jangan bazir masa membuat kerja yang anda tidak
suka, bekerja mengikut minat (passion) adalah lebih baik lagi.
3. Tanpa ilmu anda tidak berpeluang membangkitkan
kekuatan diri dan perniagaan anda.
4. Hanya bercakap sahaja tidak mencukupi untuk anda
berjaya, tindakan pro-aktif perlu dilaksanakan juga untuk berjaya.
5. Belajar mengambil risiko, pastikan risiko yang ingin
ditempuh sudah dikenal pasti oleh anda terlebih dahulu.
6. Berani berimpian besar, pastikan impian yang ingin
dimiliki merupakan realistik untuk dicapai.
7. Kelilingkan diri anda dengan orang berjaya, anda
pasti akan berjaya juga.
8. Bertindak dengan pantas “fast action, fast
result”, tetapi bertindak dengan bersandar ilmu yang tepat.
9. Bekerja dengan orang yang mempunyai matlamat
seperti anda, ia akan mempercepatkan lagi proses kejayaan.
10. Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan,
berfikir secara positif setiap masa.
11. Keluar dari zon selesa anda, ia akan menjadi
penghalang untuk anda tingkatkan potensi diri yang ada.
12. Wang tidak sentiasa menjadi matlamat hidup,
terdapat banyak lagi matlamat yang boleh mencetus kejayaan hidup.
13. Jadikan ilmu sebagai sesuatu yang menarik untuk
dipelajari, dengan ilmu anda boleh takluk dunia.
14. Banyakkan memberi dari menerima, kerana orang yang
memberi adalah orang yang kaya.
15. Menambah nilai kehidupan orang lain merupakan
matlamat yang lebih bermakna dari wang.
16. Untuk anda berjaya, anda mesti berjayakan orang
lain terlebih dahulu.
17. Kolam hati mesti dijaga dan dicuci dengan
melakukan perkara-perkara yang positif seperti solat, zikir, menderma dan
lain-lain lagi.
18. Apa yang anda fikir, cakap, rasa, dan buat semuanya
adalah doa.
19. Jangan takut kepada kegagalan, pelajari dari
kegagalan tersebut dan gunakannya sebagai proses kejayaan anda. Kegagalan itu
adalah kejayaan.
20. Bertindak luar biasa. Tindakan luar biasa akan
memberi kejayaan yang pantas dan berlipat kali ganda.
21. Elakkan dari melakukan rutin harian yang tetap,
sentiasa bersifat terbuka kepada sesuatu yang baru dan jadikan diri anda
fleksibel terhadap semua perkara.
22. Impian atau hasil (end result) merupakan perkara
yang perlu difokuskan terlebih dahulu, letakkan seluruh tenaga, perasaan
gembira dan positif terhadapnya. Proses untuk mencapai impian tersebut akan datang
dengan sendirinya, jangan lupa untuk bertindak.
23. Jadikan kerja anda sebagai satu seni karya yang
hebat, bekerja dengan bijaksana.
24. Keberanian berterusan diperlukan setiap masa,
tekanan perniagaan tidak pernah berhenti.
25. Beri sepenuh perhatian dan focus terhadapnya.
26. Apa yang difikirkan merupakan magnet hidup, ia
akan menarik lebih banyak perkara baik di dalam hidup anda.
27. Sentiasa kekal momentum kerja anda, jangan hilang
kawalan.
28. Masalah hidup akan wujud, teruskan perjalanan anda
jangan berhenti.
29. Orang yang berjaya akan melakukan sesuatu perkara
sehingga ia selesai. Orang yang gagal sahaja yang akan lakukan kerja sekerat jalan.
30. Melakukan penyelidikan sebelum bertindak akan
memberi banyak kelebihan terhadap kerjaya anda.
31. Jangan bekerja seorang diri, bahagikan kerja itu
kepada orang lain untuk lakukannya.
32. Sentiasa mencabar diri untuk melakukan terbaik dari
yang terbaik.
33. Kenal pasti tabiat (habit) negatif diri,
tukarkannya kepada bentuk yang lebih produktif.
34. Gunakan cara diplomatik bila berkomunikasi, jangan
biarkan perasaan bercelaru semasa berkomunikasi.
35. Pastikan setiap matlamat mempunyai penyebab yang
kukuh untuk dicapainya. Dengan adanya penyebab yang kukuh, anda akan lebih
bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut. Penyebab boleh jadi orang yang
anda sayang seperti ibubapa, isteri, anak dan lain-lain lagi.
36. Sekali sekala beri diri anda berehat. Kesihatan
mental dan tubuh badan harus dijaga kerana kesihatan adalah kekayaan.
37. Pelajari kemahiran baru untuk menambahkan lagi
kelebihan potensi diri yang sedia ada. Kemahiran baru mungkin dapat mempercepatkan
proses kejayaan.
38. Raikan kejayaan, tidak kira sekecil mana kejayaan
itu.
39. Kongsikan kejayaan anda dengan orang lain.
40. Percaya dengan apa yang anda lakukan, kerana ia
akan menambahkan lagi keyakinan diri.
41. Jadi pendengar yang bagus, ia akan membantu
menarik lebih ramai orang datang kepada anda.
42. Kenal pasti masalah dan jadikannya satu
penyelesaian kepada orang lain.
43. Hormati masa, sentiasa membuat senarai semak
harian bagi mengelak masa terbuang begitu sahaja.
44. Kekalkan motivasi diri yang tinggi setiap masa.
45. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam.
46. Jadikan proses menuju kejayaan sebagai satu
pengembaraan yang mengembirakan diri.
47. Jauhi dari stres dan juga orang sekeliling yang stres,
kerana stres akan memberi tenaga negatif pada anda.
48. Bertanggungjawab terhadap semua perkara yang anda
lakukan.
49. Menjaga sikap diri, orang berjaya akan sentiasa
bersikap positif setiap masa.
50. Kembangkan minda anda dengan mencari ilmu yang
berguna melalui pembacaan, kursus,seminar dan sebagainya.
www .AzizanOsman.com
0 Comments