Rahsia Bunga Mawar untuk Kesihatan & Kecantikan

By Wednesday, October 28, 2020

Sumber: Google


Bunga Mawar begitu sinonim dengan wanita. Ia lambing kecantikan, kasih saying dan kelembutan yang mewakili kaum Hawa. Bentuknya yang cantik, bau yang harum dan variasi warna menjadikan bunga ini begitu istimea di hati wanita. Malah bunga mawar juga sering dijadikan hadiah istimewa dari jejaka untuk wanita idaman.

Selain itu, bunga mawar juga mempunyai khasiat untuk kecantikan dan kesihatan wanita. Bunga ini mempunyai aura yang dapat memancarkan kecantikan dalaman dan luaran wanita. Jom selongkar kelebihan species flora ini.

Menghaluskan & Mencantikan Kulit

Air mawar pertama kali dibawa oleh bangsa Parsi sekitar abad ke-10. Sir mawar dihasilkan daripada pati kelopak bunga mawar. Ia banyak digunakan untuk merawat pelbagai jenis masalah kulit. Air mawar dikatakan sangat efektif bagi membantu mengatasi kulit kering, berjerawat, berminyak dan penuaan. Air mawar memiliki astringen yang dapat membantu mengurangi kemerehan akibat pembesaran kapilari darah.

Memberi Ketenangan

Air mawar sangat bagus dicampurkan dengan air panas untuk berendam. Ia membuatkan anda berasa relaks dan lebih tenang. Pendek kata, campuran air mawar adalah penawar stress secara semula jadi yang berkesan dan memberi kelegaan pada tubuh yang penat.

Kaya Vitamin

Kelopak bunga mawar yang digunakan untuk membuat air mawar mengandungi banyak vitamin, termasuk di antaranya adalah vitamin A, B3, C, D dan E. selain itu, falvonoid (antioksidan), tanin dan zinc juga terdapat di dalam air mawar. Semua kandungan tersebut berfungsi untuk memperbaiki tekstur dan kesihatan kulit secara keseluruhan.


Kesihatan Dalaman

Air mawar juga digunakan sebagai the herbal untuk terapi. Minuman hangat ini sangat menenangkan dan sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita. Jika diamalkan selalu, minuman ini dapat membuatkan tubuh lebih ringan dan sakit-sakit badan berkurangan.

Mandi Bunga Bagi Menaikkan Seri Wajah

Seperti diketahui umum, bunga mawar digunakan secara meluas sebagai ramuan utama mandi bunga. Rawatan ini dikatakan dapat menaikkan seri wajah wanita. Ia membuang aura negative dan meningkatkan keyakinan diri kaum Hawa. Bunga mawar digabungkan dengan pelbagai jenis bunga lain. Setiap bunga mempunyai khasiat tersendiri. Mawar merah dikatakan mampu membuatkan wanita lebih yakin dan berani. Manakala mawar putih pula menyegarkan dan menyucikan badan sekali gus menyerikan wajah.

Amalan Seri Bakal Pengantin

Bagi pengantin yang mahu berseri pada hari bahagia, boleh amalkan makan kelopak bunga mawar secara berterusan selama 44hari sebelum tarikh pernikahan. Sebelum makan, baca selawat nabi, surah Al-Fatihah dan Yusof. Amalan sudah lama dipraktikkan nenek moyang kita. 

Menghilangkan Bau Mulut

Untuk yang mengalami masalah bau mulut, boleh cuba petua ini. Masukkan kelopak bunga mawar kedalam cawan berisi air. Biarkan ia semalaman. Lagi baik jika diembunkan diluar. Tapis dan ambil airnya. Campurkan dengan sedikit gula batu dan minum air tersebut 3 kali seminggu. Bukan sahaja bau mulut akan hilang tapi wajah anda juga akan berseri. 

You Might Also Like

1 Comments