ISTIQAMAHLAH BETUL-BETUL

By Thursday, February 21, 2019



Kita diperintahkan agar mengulang-ulang bacaan surah al-Fatihah, setiap kali rakaat solat. Di dalamnya terkandung doa, agar kita istiqamah dengan ajaran Islam yang sebenar.

اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ • صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

"Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan golongan yang engkau kurniakan nikmat. Bukan jalan golongan yang dimurkai & bukan juga jalan golongan yang sesat"

⚫ Siapakah Yang Istiqamah?


Allah telah memperincikan suri tauladan istiqamah, yang terjamin nilai hidup mereka konsisten bersama kebenaran. Firmannya:

وَمَن يُطِعِ اللَّهَ وَالرَّسُولَ فَأُولَٰئِكَ مَعَ الَّذِينَ أَنْعَمَ اللَّهُ عَلَيْهِم مِّنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءِ وَالصَّالِحِينَ

"Barangsiapa mentaati Allah & Rasul, maka mereka bersama golongan yang beroleh nikmat Allah. (Mereka) dari para Nabi, para siddiqin, para syuhada' & orang-orang soleh" - al-Nisa 69.

• Para Nabi: Cekal menyampaikan kebenaran, jelas menentang kebatilan. Bersifat benar, amanah, cerdik & gigih menyampaikan mesej da'wah.

• Para Siddiqin: Golongan yang sentiasa membenarkan iman. Sanggup menyatakan yang haq walaupun dipinggirkan keseorangan.

• Syuhada: Pejuang-pejuang Islam yang mempertaruhkan hidupnya demi Islam. Bukan jenis menggunakan Islam untuk tembolok sendiri. Disebabkan itu, Allah sering menggandingkan jihad & jalan Allah. Sebagai peringatan, di sana ada yang mendakwa berjuang tetapi untuk kepentingan jalan sendiri.

• Para Salihin: Golongan yang sentiasa meletakkan ketaatan tidak berbelah bagi kepada Allah & Rasul.


⚫ Jalan Yang Tidak Istiqamah.


Allah menyebutkan, kelompok yang tidak istiqamah itu dengan gelaran golongan yang dimurkai & golongan yang sesat.

• al-Maghdub: Yahudi. Mereka mengetahui kebenaran tetapi menentang kebenaran semata-mata kerana menjaga kepentingan yang dilacurkan. Allah berdendam dengan golongan yang menyembunyikan kebenaran.

• al-Dhallin: Nasara. Mereka yang selesa diperbodohkan & ditipu oleh pemuka-pemuka sanjungan mereka. Mengakibatkan mereka terseleweng dalam keadaan perasan kononnya sedang melakukan amal soleh.

⚫ Mohonlah Hidayah.


Melihat betapa besarnya mesej istiqamah di dalam surah al-Fatihah, maka padanlah Allah memerintahkan kita supaya jangan putus-putus memohon hidayah agar beroleh istiqamah. Sesungguhnya, ia bukanlah semata-mata slogan yang diangkat lalu menjadi kebanggaan.

Istiqamah tidak bermakna konsisten mempertahankan kelompok sendiri walaupun salah. Sebaliknya istiqamah adalah konsisten mempertahankan kebenaran sekalipun pahit. Ia tidak ditentukan berdasarkan pemarkahan menurut kepentingan kita. 

Sebaliknya, syarat-syarat istiqamah telah ditetapkan oleh Allah secara ketat. Bukankah nikmat Allah yang terlalu bernilai itu, pasti tersedia seribu satu ujian? Fastaqim!

Abdul Mu'izz Muhammad
Credit: Telegram: Tazkirah Ringkas

You Might Also Like

0 Comments