Shopee update: Dekorasi Muka Depan

By Friday, June 21, 2019 ,

Baru-baru ini Shopee telah menawarkan pilihan untuk mendekorasi muka depan profile kepada Seller biasa (bukan mall). Saya telah mencuba dan ia agak membantu juga dalam jualan. Recomended!


Kenapa Dekorasi Muka Depan ini berguna?

1. Memperkenalkan Jenama Kedai Anda

- Anda boleh mewar-warkan promosi atau koleksi terbaru anda ketika kempen dilancarkan.

2. Membantu Dalam Meningkatkan Jualan

- Anda boleh menarik pelanggan dengan memaparkan 8 produk 'best-seller', atau mana-mana koleksi produk utama anda.

3. Memberi Tarikan Kepada Pembeli

- Anda boleh mendekorasi muka depan secara kreatif untuk menarik pembeli untuk menekan pilihan produk kegemaran mereka.

4. Piihan Pelbagai Kategori Produk

- Anda boleh menyediakan pelbagai pilihan produk dengan mengasingkan mengikut kategori untuk memudahkan pelanggan anda memilih.


Jom Deko Muka Depan Kedai Shopee Anda!


1. Pergi ke Seller Center, klik 'Shop Setting'. Anda akan nampak senarai pilihan dan pilih 'Shope Decoration'. Klik 'Decorate Your Shope Now'.


2. Kilk 'Componant'. Di bahagian ini terdapat 3 variasi iaitu Banner, Produk dan Kategori.
  • Banner
    - Di bahagian Banner anda boleh pilih samaada untuk meletak video, gambar lanskap atau 2 gambar yang berbentuk segi empat. Setiap gambar tersebut anda boleh meletakkan link ke produk pilihan.

  • Produk
    - Di bahagian Produk pula ada 2 bahagian iaitu 'Produk Hightlight' dan 'Produk Kategori' Produk hightlight ni anda boleh pilih samaada nak keluar secara auto atau manual. Anda juga boleh memilih pilihan yang keluar samada dari 'Highest Sales', 'Latest Sales' atau ' Lowest Price'.
  •  3. Kategori
    - Akhir sekali di bahagian Kategori ini anda boleh mengasingkan setiap produk anda mengikut kategori. Boleh senaraikan lebih dari 5 kategori pilihan.

Buat masa ini hanya pilihan latar belakang/ template 'basic' diberikan.




*Nak berniaga di Shopee tapi tak mahir? Berminat nak cuba? Klik sini


Selamat mencuba!

You Might Also Like

0 Comments