Jangan Dihina Orang yang Melakukan Maksiat

By Monday, July 29, 2019

"Jangan dihina orang yang melakukan maksiat tetapi khabarkan kepadanya berita gembira tentang adanya pintu TAUBAT"


Mukmin perlu cermat ketika ingin melepaskan kemarahan atau kebencian terhadap perkara maksiat yang berlaku dihadapannya. Islam mengajar umatnya untuk membenci atau marah terhadap perkara maksiat dan bukan batang tubuh si pelaku maksiat. Beza tu!
.
Berhati hatilah! Kerana jika batang tubuh si pelaku maksiat yang dibenci dan dijadikan modal untuk bahan pelepas kemarahan, maka ia bermaksud umpama telah membenci dan memarahi Pencipta yang mencipta si pelaku maksiat.
.
Mukmin yang benar akan merasa marah terhadap kemaksiatan yang berlaku dihadapannya tetapi merasa kasihan terhadap si pelakunya. Ini kerana, Iman yang benar terdidik akan menerbitkan rasa kasih sayang sesama makhluk Tuhan. Yang salah (kemaksiatan) tetap wajib dibenci, adapun pelaku maksiat adalah insan ciptaan Tuhan yang sentiasa terdedah untuk melakukan kesalahan dan kesilapan.
.
Hatta, dalam menghukum pesalah yang melakukan kemaksiatan pun ada belas kasihan Tuhan yang telah dikepilkan pada setiap hukuman dengan tujuan untuk mendidik manusia.
.
Oleh kerana itu, perlunya rasa belas kasihan mukmin terhadap pelaku maksiat itu diterjemahkan kepada bentuk mengingatkan, seruan mendidik dan nasihat agar mereka sedar dan kembali kepada Tuhan. Walau ia bukan tugas mudah, tetapi inilah tugas orang orang mukmin yang wajib dilaksanakan mengikut kapasiti masing masing.
.
Dan khabarkanlah juga kepada mereka (pelaku maksiat) agar jangan sekali kali berputus asa dengan Rahmat Tuhan yang amat luas yang sentiasa ingin mengampunkan dosa dosa hambaNya yang benar benar ikhlas ingin kembali kepadaNya. Wallahu'alam.
.
#AkhiAdifGorment
4 February 2019

You Might Also Like

0 Comments