BigPay: Apa itu BigPay MasterCard, Kelebihan dan Cara Daftar Via AirAsia | Malaysia

By Sunday, August 25, 2019 ,


Apa itu BigPay?

BigPay merupakan pengeluar e-money berlesen yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.
Aplikasi BigPay membolehkan penggunanya untuk menguruskan segala transaksi wang dari telefon pintar mereka sahaja. Pengguna boleh melihat transaksi mereka dalam masa nyata, menambah resit foto ke pembelian, menjejaki perbelanjaan bulanan mereka, membekukan kad mereka dan menghantar wang kepada rakan dan keluarga secara percuma.

Secara ringkasnya BigPay Mastercard ini adalah kad debit yang memudahkan anda membeli secara nirtunai (cashless). Dimana anda perlu mengisi sejumlah wang dahulu ke dalam kad BigPay anda dan anda boleh menikmati belian tanpa memerlukan tunai (prabayar). BigPay Mastercard ini boleh digunakan di mana-mana hatta ketika anda travel ke luar negara.

Ya, anda boleh menggunakan BigPay kad ini di mana-mana tempat yang menerima pembelian menggunakan Mastercard di seluruh dunia!



Kelebihan Menggunakan BigPay Mastercard

1. Ianya PERCUMA!

2. KADAR TUKARAN WANG ASING YANG RENDAH.

3. SETIAP PENGGUNAAN DIREKODKAN DAN BOLEH DIJEJAKI DALAM APLIKASI

- Setiap transaksi boleh terus dilihat melalui aplikasi BigPay. Anda boleh melihat belanjawan yang anda telah lakukan setiap hari/ minggu/ bulan.


4. MUDAH DAN CEPAT. PEMINDAHAN WANG KEPADA RAKAN SECARA PERCUMA

- Boleh menghantar dan menerima wang dengan menggunakan applikasi BigPay dengan hanya kurang dari 20 saat.

5. DISKAUN UNTUK TEMPAHAN TIKET PENERBANGAN DI AIRASIA

- Boleh menikmati pra-tempah tiket secara percuma untuk penerbangan Air Asia.
- Mata ganjaran boleh ditukar dengan tiket penerbangan percuma.
- Banyak faedah perjalanan akan diberikan bagi pelanggan AirAsia

6. MATA GANJARAN

- 1 mata ganjaran akan diberikan setiap kali anda tambah nilai sejumlah RM50 dan setiap kali RM20 transaksi penggunaan harian.
Jadi, jika anda menambah nilai kad anda sebanyak RM500 anda akan mendapat sejumlah 10 mata ganjaran.
Bagi transaksi harian pula, jika anda menggunakan sejumlah RM200 anda akan mendapat 10 mata ganjaran.

7. PEMBELIAN DALAM TALIAN & LUAR TALIAN

- Pembelian dalam talian dan juga luar talian tanpa risau membawa wang tunai yang banyak.

8. PEMINDAHAN WANG KE BANK ANTARABANGSA

- Pemindahan wang ke bank antarabangsa semudah A,B,C. Buat masa ini hanya pemindahan ke Indonesia, Thailand, Philipina, Singapore, India, Nepal dan Bangladesh dan akan di tambah ke negara lain dari masa ke semasa. Untuk pemindahan kali pertama ia adalah PERCUMA!

9. PEMINDAHAN WANG DALAM NEGARA

- Pengguna BigPay juga boleh membuat pindahan wang ke semua bank dalam negara dengan hanya 50sen untuk setiap transaksi.

10. MENYEMBUNYI DAN MEMPERLIHATKAN BUTIRAN KAD

-  Pengguna boleh menyembunyikan dan memperlihatkan butiran kad di dalam applikasi jika ketiadaan kad bersama pengguna.

11. FREEZE CARD

- Kad anda hilang? Jangan risau. Anda tekan sahaja ' Freeze Card' dalam applikasi BigPay. Kad anda tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak lain. Anda boleh 'Unfreeze Card' anda semula jika anda telah menjumpai atau mendapat kad anda semula.


Bagaimana Cara untuk Daftar BigPay

1. Download Aplikasi BigPay di Google Playstore atau App Store.
2. Isi details yang dikehendaki, gunakan code referral Nia ini (8F9VYEH8EJ) untuk dapatkan RM10 secara percuma
3. Verify identiti/ pengenalan anda (refer video untuk tips verify identiti)
4. Buat bayaran sebanyak RM20 dimana wang ini akan dikembalikan semula ke dalam BigPay kad anda. Anda boleh menggunakan RM20 ini setelah anda menerima kad anda nanti.
5. Kad akan dihantar pada anda dalam masa 3 hingga 5 hari bekerja.

***Jangan lupa guna referral Code Nia (8F9VYEH8EJ) untuk dapatkan RM10 secara percuma.


3. V

You Might Also Like

0 Comments