Kenapa Sentiasa Hidup dalam Kesempitan?

By Sunday, August 25, 2019

| Allah Sempitkan Kehidupan |


"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu melihat?"

Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! Telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan serta meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".

[Surah Taha 124 - 126]

Sememangnya manusia itu sering diperingatkan tentang Tuhannya. Tetapi amat malang sekali bagi mereka yang seringkali juga mengingkari, menentang dan melupakan peringatan peringatan tersebut setelah ia sampai kepadanya.

Lalu demikian halnya Allah menjadikan kehidupannya menjadi sempit! Maksudnya, sehingga kehidupannya tidak ada lagi ruang ketenangan dan kelapangan dada baginya. Sentiasa sahaja sibuk melayani kehendak nafsu untuk memperhambakan diri kepada dunia.


Meskipun pada lahirnya merasakan kenikmatan dari sudut material yang serba mewah, tetapi selama mana ia tidak memiliki kemurnian dalam keykinan dan petunjuk, maka hatinya dalam kegelisahan, kebimbangan dan keraguan. Ini juga termasuk kesempitan hidup.

Di akhirat sana pula, Allah akan membangkitkan golongan ini dalam keadaan buta. Kata Ikrimah, "dia dibutakan terhadap segala sesuatu kecuali neraka jahannam". Manakala kata Mujahid, Abu Shalih dan as-Suddi, "tidak ada hujah (pembelaan) baginya.

Bahkan kata Allah, "dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan" kepada golongan yang dahulu semasa di dunia sentiasa mengabaikan, melalaikan dan melupakan peringatan peringatan yang datang kepadanya. Wallahu'alam

#AkhiAdifGorment
6 February 2019

You Might Also Like

0 Comments