Rahsia Naikkan Views & Subscriber Untuk Youtuber Newbie

By Friday, May 15, 2020 ,

Adakah anda ingin menjadi Youtuber?


Kini ramai yang sudah berjaya menjana pendapatan yang tinggi sebagai Youtuber. Tetapi untuk menjadi seorang Youtuber anda mestilah tahu bagaimana untuk memulakan langkah supaya video/ karya anda ditonton oleh ramai viewer. Lebih ramai yang menonton dan pengikut lebih tinggila pendapatan anda nanti.

Jadi macam mana nak mulakannya?


  • Andakah anda minat buat video even for fun?
  • Adakah anda suka berkongsi macam2 dengan orang ramai secara percuma?
  • Adakah anda berminat untuk menambah kenalan dan meluaskan lagi rangkaian kenalan baru?

​1) Pastikan Anda Betul2 Berminat & Tahu Apa Tujuan Anda

Memang nampak mudah melihat youtuber famous setiap kali muncul disetiap video2 mereka, adakah anda tahu bagaimana setiap gerak kerja disebalik pembikinan video mereka?

Disebalik youtuber famous ini, mereka perlu bekerja keras mungkin ia akan mengambil masa beberapa hari, bulan atau tahun. Ia bergantung cara bagaimana anda kendalikan Youtube Channel anda.

Kebanyakan Youtuber yang berjaya pada asalnya bukanlah disebabkan imbuhan yang akan mereka dapat tapi lebih kepada minat dan ingin mengisi masa terluang mereka.

Jika anda hanya ingin menjadi kaya dengan Youtube, banyak lagi medium lain yang lebih berkesan dan mendatangkan duit. Sebab itu anda perlu tahu apa yang anda cari dan inginkan sebagai Youtuber.

Selain itu, bagi Nia... Apa2 yang anda lakukan mestilah bermula dengan minat. Tanpa minat anda sukar untuk maintain dalam sesuatu pekerjaan. Penghasilan content untuk Youtube anda juga akan lebih mudah.

 2) Pilih Topik Untuk Channel Anda

Sebelum anda ingin memulakan langkah untuk menjadi youtuber anda perlulah memilih niche yang betul dan sesuai dengan Channel Youtube anda.

Niche ini adalah di mana individu dalam kumpulan yang sama, yang mempunyai hobi atau mempunyai minat yang sama.

Untuk permulaan, anda disarankan memilih dan hanya fokus dengan niche yang kecil sahaja.

Niche seperti Gaming, Makeup, Music dan Masakan adalah contoh niche yang besar dan sangat competitive. Anda perlu bersaing dengan youtuber besar. Jika anda ingin meneruskan juga niche ini anda perlu gali dan mengecilkan lagi niche ini.

Nia sarankan anda cari niche yang anda betul2 minat dan anda boleh hasilkan banyak content dengan niche tersebut.

Jika anda memang sudah dikenali, anda boleh memulakan dengan lifestyle video atau vlogging.

Jika tidak, anda tidak disarankan untuk memilih untuk menghasilkan video mengenai lifestyle anda atau Vlogging.

Sebagai permulaan anda boleh menarik viewers dengan memberi value dalam content anda. Tarik penonton dengan video tutorial, inspirasi atau membina satu subjek yang boleh membantu penonton.

Apabila anda telah dikenali atau mempunyai ramai followers, anda boleh meneruskan penghasilan content mengenai lifestyle anda.

Dengan kata mudahnya... Tiada siapa yang ingin menonton video mengenai anda jika mereka langsung tidak mengenali anda. Anda perlu dikenali dahulu.

Melainkan kehidupan anda terlalu menarik, pelik atau lain dari kehidupan manusia biasa.

Tapi, tapi, tapi... boleh sahaja jika anda ingin juga membuat content berkenan lifestyle anda dengan memasukkan sesuatu value lain seperti tutorial atau inspirasi dalam masa yang sama.

Sebagai contoh youtube Hazeman Huzir ini.

Anda perlu memastikan juga Headline yang anda gunakan jelas dan memberi impact pada penonton.

Macam yang Nia nyatakan dari awal tadi, anda perlulah memberi sesuatu value kepada pengguna untuk menarik minat mereka menekan butang subscribe dan menjadi pengikut setia anda.


​3) Alatan

Untuk permulaan, anda tidak perlulah membeli peralatan yang sama seperti Youtuber yang anda follow. Guna sahaja peralatan sedia ada atau beli sahaja mengikut kemampuan.

Alatan asas yang anda perlukan adalah;

- ​Camera
- Microphone
- Lighting


3 alatan ini adalah alatan paling asas yang anda perlu ada.



 Camera

Ramai yang merasakan mereka memerlukan camera yang mahal untuk menghasilkan kualiti yang bagus. Pada hakikatnya anda boleh sahaja menggunakan camera handphone anda untuk menghasilkan video.

Anda boleh sahaja menggunakan handphone anda dan mulakan dengan belajar asas rakaman video. Dengan cara itu, anda boleh menilai adakah anda suka dengan apa yang anda buat sebelum anda mengeluarkan modal yang banyak untuk membeli camera yang lebih berkualiti.

Jika anda pandai bermain dengan pencahayaan, anda masih boleh menghasilkan video yang berkualiti untuk Youtube anda. Dapatkan Tripod dan mulakan rakaman video.



Microphone

Suara memainkan peranan yang penting dalam penghasilan video. Jika kualiti suara teruk, penonton akan jadi hilang minat untuk menonton.

Terdapat microphone yang harganya berpatutan dan murah boleh didapati di Shopee dan Lazada.



Lighting

Ramai yang salah anggap dengan pengggunaan Lighting. Lighting adalah antara alatan yang penting untuk menghasilkan video yang berkualiti.

Tiada masalah jika kawasan rakaman anda dalam keadaan yang cukup pengcahayaan. Tapi jika anda melakukan rakaman di dalam kawasan yang terlindung dari natural light anda mestilah menggunakan Lighting.

​4) Mulakan Rakaman & Bereksperimen

Setelah memilih Niche dan tools, anda bolehlah mencari subject atau tajuk yang sesuai untuk video anda.

​Apa yang anda boleh tunjuk dan ajar kepada followers anda?

Buat video yang boleh membantu followers anda.

Mulakan dengan hanya focus sahaja dengan practice bercakap di hadapan camera. Biasakan diri berhadapan dengan camera. Pada permulaan, anda mungkin akan berasa janggal. Practice, practice, practice.

Anda juga perlu practice skill editing dan thumbnail design untuk youtube anda.

Anda boleh mencari video tutorial editing video di dalam Youtube.

Mungkin anda akan menghabiskan masa dalam editing, tapi ini adalah normal. Semua Youtuber juga mengalami perkara yang sama.

Terdapat pelbagai aplikasi untuk menghasilkan gambar seperti Canva, Photo Director, PicsArt. Aplikasi ini memudahkan anda dalam menghasilkan gambar thumbnail yang cantik dan sesuai.

Jika anda ingin menghasilkan gambar yang lebih professional anda boleh menggunakan Photoshop. Tetapi ia memerlukan skill dan pengalaman untuk mempelajarinya.

Antara perkara yang penting untuk menjadi Youtuber adalah memastikan anda boleh menghasilkan content secara kerap.

Publish video sekurang - kurangnya 3 kali seminggu, atau sekurang - kurangnnya sekali dalam seminggu.

Lagi kerap anda hasilkan video, lagi cepat anda improve sebagai Youtuber, dan lagi ramai viewer yang anda akan dapat.


5) YouTube SEO (Search Engine Optimization)

Jika anda ingin menaikkan lagi channel anda, anda perlulah mengetahui apa yang perlu anda buat dan apa yang perlu anda hindarkan. 

Apa itu YouTube SEO?

Search Engine Optimization (SEO) ini secara ringkasnya adalah mengoptimasi carian ke ranking paling atas di dalam carian Google.

Dengan menghasilkan ranking carian tertinggi potensi organik anda juga akan meningkat.

Ia juga membantu anda mendapatkan jumlah trafik yang tepat dan berkualiti. 

Anda perlu memahami bagaimana cara kerja SEO, algorithm Google, dan indikator utama SEO.  

Apa yang anda perlu tahu adalah;

- Bagaimana anda meletakkan tajuk yang sesuai untuk setiap video anda untuk menarik viewers.
- Bagaimana menarik lebih banyak Comment dan Likes dalam video anda.
- Cara penggunaan tags.
- Bagaimana menggunakan thumbnails bagi menaikkan CTR. 
- Bagaimana cara menarik lebih ramai lagi viewers untuk menonton video anda.

Jika anda mahir dalam SEO ini anda boleh menambah jumlah Subscriber dan Viewers dalam masa yang singkat.  

Dah nampak apa yang anda perlu buat selepas ini? Semoga anda berjaya menjadi Youtuber selepas ini.

Bagi Youtuber Newbie yang betul2 serious nak belajar macam mana nak naikkan viewers dan subscriber bolehlah klik sini

You Might Also Like

0 Comments