Canon PIXMA MP496: DIY Ink Cartridge Lama (Lebih jimat dan mudah)

By Monday, August 24, 2020

 Cara Mudah DIY Ink Cartridge Lama

Anda mempunyai Ink Cartridge yang tidak digunakan lagi?

Jangan dibuang cartridge tersebut. Anda masih boleh menggunakannya lagi dengan menambah semula isian cartridge tersebut.

Malah ia boleh menjimatkan kos. Jika membeli cartridge yang tersedia di kedai harganya agak mahal. Harga retail cartridge biasa yang nia gunakan untuk Canon PIXMA MP496 ini lebih kurang rm50 - rm70. Untuk menjimatkan kos, bolehlah diy/refill sahaja cartridge tersebut.

Mudah sahaja caranya. Hanya perlu sediakan bahan2 seperti berikut;


Ink


Syringe



Drill


Silicone Plug 

*Semua bahan2 di atas termasuk ink berharga RM20.98 termasuk kos shipping. Boleh beli di Shopee. 


1. Mula2 anda buka dahulu sticker di bahagian atas cartridge. Anda akan nampak ada bahagian yang boleh ditebuk untuk mengisi ink. Ia berada di bahagian tengah cartridge.

2. Kemudian anda tebuk bahagian tersebut dengan menggunakan drill.

3. Isi ink ke dalam cartridge dengan menggunakan syringe. Pastikan jarum tidak melepasi bahagian span yang berada di dalam cartridge tersebut. Anggaran isipadu untuk cartridge biasa dalam 10ml.

 4. Tutup bahagian yang dilubangkan tersebut dengan silicone plug supaya tidak tertumpah.

5. Lap bahagian bawah cartridge dengan tisu. Pastikan tiada ink yang meleleh di bahagian tersebut.

6. Siap! anda boleh menggunakan printer seperti biasa. 

Selamat mencuba :)

You Might Also Like

0 Comments