Q&A Shopee: Soalan Biasa Mengenai Shopee Free Shipping Program

By Wednesday, August 26, 2020 ,

Q&A Shopee Free Shipping Program


Assalamualaikum.

Post ini adalah untuk menjawab semua soalan mengenai Free Shipping Program sebelum ini.


Terdapat 2 Jenis Free Shipping Program iaitu;

FS40 = Free Shipping RM40
FS15 = Free Shipping RM15

Free Shipping RM40 ini bukanlah Free Shipping sepenuhnya. Ia adalah Subsidi atau Rebate yang diberikan oleh Shopee.

Bagaimana Nak Apply?



DHL & J&T Express pula tak perlu pendaftaran, hanya perlu aktifkan sahaja di Seller Centre.

Seller Centre --> Shipment --> Shipping Setting

Customer masih perlu membayar sebahagian harga shipping. Ia bergantung juga pada berat barang setiap belian.

Free Shipping RM40


Contoh;

Shipping Pos Laju = RM5.04
Subsidi Shopee = 4.03

Jumlah Shipping yang Customer perlu bayar = RM1.01

Customer perlu menggunakan Voucher yang perlu diclaim di Shopee untuk mendapat Free Shipping ini. Jika tidak menggunakan voucher Customer perlu membayar harga Shipping sepenuhnya.

Free Shipping RM15


Untuk apply Free Shipping RM15 ni anda perlulah;

- Mempunyai minimum 10 completed order.
- Free Shipping ini mempunyai Fee tambahan sebanyak 4%
- Jumlah Fee yang perlu Seller bayar selepas menyertai Free Shipping RM15 ini adalah 2.12% + 4% + = 6.12%

Bahagaimana boleh jadi 6.12%? Mana datangnya 2.12%?


2.12% ini adalah Transaction Fee untuk setiap order dari customer. Fee ini semua seller akan kena bayar. Transaction Fee ini akan ditolak dan dicampurkan dengan Fee yang lain setelah Order Complete. 

Shopee Fee


Boleh daftar di Shopee Apps. Sila lihat video.

Jika ada apa2 soalan boleh komen di Youtube Video Nia. Nanti Nia akan masukkan dan jawab dalam 1 video yang baru.

BTW jika anda baru nak belajar berniaga di Shopee dan masih tak tau macam mana nak start, boleh la dapatkan Ebook Berniaga Di Shopee ini --> https://bit.ly/2NQ21AT

You Might Also Like

0 Comments