Diabetes dan Kaitannya dengan Masalah Mata

By Wednesday, October 21, 2020


Diabetes keadaan di mana kandungan gula di dalam darah lebih tinggi daripada normal kini menjadi antara penyakit paling menular di negara ini dan seluruh dunia.


Namun, keupayaan diabetes membawa bersamanya pelbagai penyakit lain menjadikannya lebih berbahaya dan membimbangkan.

Kandungan glukos yang tinggi di dalam darah bukan sahaja boleh menyebabkan kerosakan kepada salur darah malahan pelbagai komplikasi lain seperti kerosakan buah pinggang, sakit jantung, darah tinggi dan penyakit mata seperti katarak dan glaukoma.

Selain itu, penyakit mata yang dikenali sebagai retinopati akibat diabetes juga amat membimbangkan dengan kadar 80 peratus kes buta di kalangan pesakit diabetes berpunca daripada penyakit ini.


Retinopati menyebabkan kerosakan kepada lapisan retina di bahagian belakang bebola mata akibat salur darah yang tersumbat, bocor atau bertambah terlalu banyak.

Perubahan kepada salur darah retina dan lapisan saraf di bahagian belakang mata yang peka cahaya menyebabkan aliran darah yang terhad ke mata dan menghalang cahaya daripada sampai ke retina.

Jika tidak dirawat dengan segera, pesakit mungkin akan mengalami penglihatan yang kabur atau menjadi buta.


Terdapat empat peringkat retinopati diabetes:


1. Retinopati ringan dan tidak melarat peringkat awal, berlaku kebengkakan salur darah retina.

2. Retinopati sederhana tetapi tidak melarat keadaan penyakit yang telah berkembang, beberapa salur darah ke retina tersumbat.

3. Retinopati teruk tetapi tidak melarat retinopati teruk di mana lebih banyak salur darah ke beberapa bahagian retina tersumbat menyebabkan retina memberi isyarat supaya badan membentuk salur darah baru ke bahagian yang tidak menerima aliran darah.

4. Retinopati melarat peringkat lanjut yang menyebabkan penumbuhan salur darah baru hasil isyarat dari retina. Salur darah baru yang tumbuh di sepanjang retina dan gel gemaca mata ini bagaimanapun tidak normal dan rapuh.

Sumber Utusan Malaysia

Amalkan memakai idrop sebagai ikhtiar untuk mengurangkan masalah mata anda. InshaaAllah ia selamat untuk digunakan kerana tiada kandungan bahan kimia. Klik sini untuk info.


You Might Also Like

0 Comments