Mengenali Isteri-Isteri Rasulullah SAW

By Thursday, January 28, 2021

Sebelum mulakan pembacaan marilah kita sama - sama berselawat dahulu;


اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍٍ، وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍٍ

“Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan kepada Nabi Muhammad dan keluargannya,”


Sumber: Google

Mari ulangkaji mengenai Isteri-Isteri Rasulullah SAW



1. Saidatina Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai Al-Quraisiah Al-Asadiah.


Ayahnya Khuwailid bin Asad bin Abdul Uzza bin Qusai. Ibunya Fatimah binti Zaidah bin Al-Asham bin Haram bin Rawahah dan bertemu nasab ibu dengan bapanya di Qusai. Berkahwin dengan Nabi SAW sebelum kenabian Baginda SAW. Ketika itu beliau berusia 40 tahun dan Rasulullah SAW berusia 25 tahun. Merupakan perempuan pertama memeluk Islam. 

Wafat pada tahun ketiga sebelum hijrah.


2. Saudah binti Zam’aah bin Qis bin Abdul Syamsi bin Abdul Wad bin Nasr bin Malik bin Hasal bin A’mir bin Lu’ai Al Quraisiah Al-Amiriah.

Ayahnya Zam’aah bin Qis manakala ibunya Syamus binti Qis bin Zaid Al-Ansariyah dari Bani ‘Adi bin Al-Najjar. Perempuan pertama yang dinikahi oleh Baginda selepas kewafatan Khadijah. Beliau banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW. Saudah wafat di akhir pemerintahan Sayidina Umar Al-Khattab. Ketika itu beliau berumur 54 tahun


3. Aisyah binti Abu Bakar (Abdullah) bin Abi Kuhafa Uthman bin ‘Amir bin Kaab Al-Tamimi Al-Quraisi. Gelarannya Abu Bakar As-Siddiq. 

Bapanya Abu Bakar As-Sidiq. Ibunya Ummu Ruman binti ‘Amir bin Uwaimar bin Abdul Syamsi dari kalangan orang ternama di kalangan bangsa Quraisy. Satu-satunya anak dara yang dinikahi oleh Rasulullah SAW. Banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah SAW. Beliau digelar sebagai Al-Siddiqah binti As-Siddiq.

Beliau antara perawi hadis Rasulullah SAW yang terbanyak. Wafat pada malam Selasa, 19 Ramadan tahun ke-58 hijrah dandisembahyangkan oleh Abu Hurairah Ketika itu, beliau berumur 66 tahun.


4. Hafsah binti Umar bin Al Khattabbin Nafil bin Abdul Uzza Al-Quraisiah Al-Adawiyah.
Bapanya Sayidina Umar Al Khattab. Ibunya Zainab binti Maz’un bin Wahab bin Hazafah. Beliau merupakan adik-beradik seibu sebapa dengan Abdullah bin Umar. Gelarannya ialah Hafizatul Mashaf (Penjaga al-Quran). 

Wafat pada tahun ke-45 hijrah pada pemerintahan Sayidina Uthman bin Affan dan disembahyangkan oleh Marwan bin Al-Hakim di Madinah. Seterusnya dikebumikan disebelah Abdullah bin Umar, ‘Asim bin Umar, Hamzah bin Abdullah bin Umar, Ubaidillah bin Abdullah bin Umar di tanah 
perkuburan Baqi’.


5. Zainab binti Khuzaimah bin Al-Harith Abdullah bin Umar bin Abdul Manaf bin Hilal bin ‘Amir bin Sa’sa’ahal-Hilaliyah.

Gelarannya ialah Ummul Masakin (Ibu orang-orang miskin). Beliau hanya sempat hidup bersama Rasulullah SAW selama tiga bulan. Walau bagaimanapun ada pendapat yang mengatakan lapan bulan, ada yang mengatakan setahun dan yang terakhir pendapat mengatakan dua tahun. 
Beliau wafat ketika berumur 30 tahun dan dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’ Madinah.


6. Hindun binti Abi Umaiyah atau nama sebenarnya Suhail bin Mughirah bin Abdullah bin Amru bin Makhzum. Gelarannya ialah Ummu Salamah. 

Beliau antara perawi hadis Rasulullah SAW yang banyak kerana kecerahan akalnya. Disebutkan bahawa beliau telah meriwayatkan sebanyak 328 hadis. Wafat pada tahun 59 hijrah di hari Asyura selepas mendapat tahu kematian Husin bin Ali di Karbalak.


7. Zainab binti Jahsy bin Rabab bin Ya’mar bin Sabrah bin Murrah bin Kathir bin Ganam bin Daudan bin Asad bin Khazimah.

Wafat pada tahun ke-20 hijrah disembahyangkan oleh Umar Al-Khattab dan dikebumikan di Baqi’.


8. Juwairiyah binti Haris bin Abi Dharar bin Habib bin ‘Aiz bin Malik bin Jazimah bin Al-Mustafa bin Khaza’ah.

Wafat pada bulan Rabiulawal tahun ke-56 hijrah semasa pemerintahan Mu’awiyah dan disembahyangkan oleh Marwan bin Hakim yang merupakan Gabenor Madinah sebelum Mu’awiyah. Beliau wafat pada usia 65 tahun.


9. Ramlah binti Abi Sufiyan Sakhar bin Harb bin Umaiyyah bin Abdul Syamsi.

Gelarannya yang masyhur ialah Ummu Habibah dan beliau merupakan adik perempuan kepada Mu’awiyyah bin Abi Sufiyan. Ibunya Safiyyah binti Abi Al-As. Ibu saudara kepada Sayidina Uthman bin Affan. Telah berkahwin dengan Ubaidillah bin Jahsy dan sama-sama memeluk Islam ketika berhijrah ke Habsyah. Wafat pada tahun 44 hijrah di mana tahun hajinya Mua’wiyah.


10. Safiyyah binti Huyyai bin Akhtab bin Syu’bah bin Sa’labah bin Abid bin Kaab bin Abi Habib dari Bani Nadhir.

Beliau wafat pada tahun 52 hijrah di zaman pemerintahan Mua’wiyah bin Abi Sufiyan ketika berumur 99 tahun. Dikebumikan di Baqi’ bersama-sama para isteri Nabi SAW.


11. Maimunah binti Haris bin Hazan Al-Hilaliyah Namanya sebenar ialah Barrah tetapi Rasulullah SAW menamakannya dengan Maimunah.

Beliau merupakan ibu saudara kepada Ibnu Abbas. Beliau juga merupakan Ummul Mukminin yang terakhir. Telah berkahwin sebelum ini dengan Abi Rahmi bin Abdul Uzza bin Abdul Wad bin Malik bin Hasal bin A’mir bin Luwai Al-Quraisyi Al-A’miri. Wafat pada tahun 56 hijrah.


12. Maria binti Sam’un Al-Qibtiyah


13. Raihanah binti Sam’un bin Zaid


Khas buat mereka yang ingin mengenali dan mencintai Baginda Rasulullah SAW. Sebuah naskah terbaru terbitan Mustread Sdn Bhd, Muhammad Rasul Terakhir. Naskah yang padat tentang kisah hidup Rasulullah SAW.

Bersedialah untuk membaca setiap detik kehidupan Baginda, merasai keperitan yang Baginda lalui agar Islam sampai kepada kita umatnya. Semoga rasa cinta itu terbit dan mekar dalam diri kita sekali gus tergolong dalam kalangan yang menerima syafaat Baginda SAW. Klik Sini. 

You Might Also Like

0 Comments