Peluang Jana Pendapatan Tambahan sebagai Dropship Buku
Kami membuka peluang kepada sesiapa yang berminat menyertai team kami sebagai dropship buku.. Terdapat lebih dari 8 ribu naskah buku dari 2 ratus penerbit dari dalam dan juga luar negara boleh dipilih.
Buku - buku seperti komik, buku pelajaran sekolah, novel, motivasi dan juga buku agama ada disediakan untuk dipromosikan oleh dropship.
Group sokongan Telegram juga disediakan bagi membantu anda dalam mempromosikan buku - buku tersebut.
Anggaran keuntungan bagi setiap naskah buku yang terjual adalah dari 10% sehingga 30%.
Bagi si ulat buku ini adalah peluang anda untuk mengumpul naskah buku pilihan anda. Sambil membaca sambil menjual. Anda akan lebih mudah menual kerana anda juga adalah pembaca. Anda lebih memahami isi kandungan buku tersebut.
Ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai anda juga boleh mengambil peluang ini untuk mendapatkan harga yang lebih murah dari pasaran.
Jangan risau kerana anda tak perlu;
- sewa kedai
- simpan stok
- proses order
- upah pekerja
- hantar barang
dan yang paling penting tiada risiko jika ada stok yang tidak terjual.
Apa itu Dropship?
Dropship adalah sistem bisnes yang membolehkan anda menjual tanpa perlu menyimpan atau membeli stok terlebih dahulu.
Cara sistem dropship berfungsi adalah seperti berikut:
- Ejen dropship buat promosi kepada pelanggan
- Pelanggan buat bayaran & beri info penghantaran kepada ejen dropship
- Ejen dropship buat order menerusi sistem order syarikat dropship
- Syarikat dropship buat penghantaran kepada pelanggan
Dengan sistem dropship, anda boleh fokus kepada promosi & menjual, iaitu fokus untuk buat duit sahaja. Ejen dropship akan menerima diskaun istimewa dan harga yang lebih murah dari harga pasaran.
Ejen dropship boleh jual barang pada diskaun tertentu atau pada harga penuh kepada pelanggan masing-masing. Keuntungan untuk ejen dropship adalah daripada harga jual kepada pelanggan ditolak dengan harga diskaun dropship.
Contoh pengiraan seperti berikut:
Harga pasaran = RM100
Harga & diskaun dropship = RM70 (Selepas diskaun 30%)
Margin untung = RM30
Harga jual ejen dropship kepada pelanggan = RM90
Ejen dropship beri diskaun 10% kepada pelanggan = RM10
Harga Jual - Harga Dropship = Untung
RM90 - RM70 = RM20
Apa yang best jika anda menyertai team kami;
Proses order adalah setiap hari walaupun pada hari cuti Sabtu dan Ahad. Penghantaran dilakukan pada setiap hari kecuali hari Ahad ( penghantaran hari Sabtu tertakluk kepada jenis kurier).
Tracking number akan dikemaskini setiap hari selepas selesai proses order.
Ejen dropship bebas memilih kurier yang digunakan BCO untuk menghantar pesanan buku kepada pelanggan: Ninja Van, DHL, J&T, Poslaju, Asia Xpress, KTMD
Pelanggan dropship yang berdekatan boleh self-pickup di kedai.
Ada diskaun lebih tinggi bagi yang menyertai Pakej Advance dan buku percuma bagi minimum jualan keseluruhan berjumlah RM10,000 dan ke atas.
Jika anda berminat boleh klik link ini ==> Saya berminat!
0 Comments