Tangani Stres Cara Islam

By Wednesday, January 13, 2021 ,


Sebagai seorang Muslim, kita hendaklah  sentiasa berpegang teguh kepada ajaran  dan syariat islam. Islam telah  menetapkan bahawa seseorang yang  menghadapi stress dan kesusahan   perlulah bersabar, tenang, sentisa   rasional dan yakin dengan ketentuan   Allah SWT.

Antara cara menangani stress adalah  dengan mendirikan solat-solat sunat.  Insya-Allah seseorang itu akan  diberikan  pertolongan oleh Allah SWT  dalam sebarang kesukaran. Allah SWT berfirman maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar.” (al-Baqarah:153)
Malah amalan berzikir seperti bertakbir, bertahmid, bertasbih dan sebagainya merupakan amalan yang mampu menenangkan jiwa. Mengamal, mendengar, membaca dan menghayati tafsir al-Quran juga mampu mengubati stres. Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya. “al-Quran dalah penawar kepada kesakitan minda” (riwayat Bukhari).

Membaca al-Quran memberikan ketenangan bukan sahaja kepada pembaca malah sesiapa yang mendengar bacaannya. Selain itu hendaklah sentiasa berdoa, memohon keampunan dan menyerahkan segala apa yang telah diusahakan dalam menangani stress untuk ketentuan-Nya. Allah SWT berfirman bermaksud: “Dan Tuhan Kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina.” (al-Ghaafir: 60)

You Might Also Like

0 Comments