6 PUNCA MATA MERAH APABILA ANDA MEMAKAI KANTA LEKAP

By Thursday, February 11, 2021



1 : KANTA TERBALIK

Nampaknya mata kamu sedang berada di dalam ‘zon’ tidak selesa. Besar kemungkinan kanta yang kamu pakai itu terbalik. Cuba perhatikan betul-betul kanta kamu berbentuk separa bulat dan lebar seperti mangkuk atau melengkung tinggi. Jika ia separuh bulat dan lebar itu tandanya ia dalam keadaan sempurna, jika sebaliknya bermakna kamu memakai kanta dengan posisi yang salah atau terbalik.


2 : TANGAN TIDAK BERSIH

Cuba ingat kembali, sebelum kamu memakai kanta lekap menggunakan jari, sudahkah tangan kamu di bersihkan terlebih dahulu ? Jika belum, tidak hairanlah mengapa mata kamu rasa pedih! Itu bermakna kanta kamu atau bola mata di jangkiti oleh bakteria yang terlekat di jari.


3 : AIR RENDAMAN DI JANGKITI BAKTERIA

Ada yang memandang remeh dan enteng saat merendam kanta lekap. Bagi mereka air mineral atau paip boleh dijadikan sebagai solusi khas untuk merendamkan ia selama semalaman. Namun, hakikatnya salah! Air tersebut kemungkinan besar boleh memberi infeksi pada mata. Bukan itu sahaja, kamu juga harus rajin menyalin air rendaman dengan menggunakan air solusi sekurang-kurangnya sehari sekali.


4 : KANTA TERLALU KERING

Kanta yang terlalu kering juga boleh menyebabkan mata kamu kemerahan. Ini kerana, kanta akan menjadi semakin kasar dan keras. Keadaan ini sangat bahaya! Ia boleh menyebabkan mata kamu tercalar atau luka. Sebaiknya jika terjadi situasi seperti ini gantikan sahaja kanta tersebut dengan kanta yang baru.


5 : SUDAH EXPIRED

Tak perlu bertanya pada sesiapa, cuba tanya pada diri sendiri berapa lama tempoh kamu sudah gunakan kanta tersebut ? Jika lebih dari sebulan besar kemungkinan kanta tersebut sudah tamat tempoh. Jadi tetapkan amalan menukar kanta setiap bulan untuk langkah penjagaan.


6 : MATA KERING

Mata terlalu kering juga boleh menyebabkan mata menjadi kemerahan. Untuk penyelesaian yang membantu, cuba titiskan moisturizer khas untuk mata. Titiskan sekurang-kurangnya 3 kali sehari bagi mengekalkan kelembapan mata.


#sumberremaja
#penawarmata
#Idrop


P.S : Oleh yang demikian anda dapat mengelakkan perkara di atas dengan pemakaian I-dropIdrop dapat mengembalikan penglihatan anda tanpa anda perlu memakai kanta lengkap.

Pengguna kanta lengkap juga boleh menggunakan Idrop tetapi hendaklah menitiskan dahulu sebelum memakai kanta lengkap anda.

Untuk pembelian atau sebarang pertanyaan tentang I-drop terus klik link whatsapp ini. 


You Might Also Like

0 Comments