Sabar Menghadapi Musibah & Syukur Menerima Nikmat
Imam As-Syafie memberi wasiat;
"Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan satu kesabaran pula. Adapun bala dan musibah, ia menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu syukurilah ia kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur."
Sumber: Google |
Musibah dan kenikmatan kedua-duanya adalah cubaan dari Allah agar manusia sedar dan kembali mengingati kekuasaan, musibah, bala, malapetaka, kesenangan dan kenikmatan.
Jangan Ingkar
Ada golongan manusia yang ingkar bahawa kenikmatan dan malapetaka itu datangnya dari Allah sebagai ujian. mereka berkata gempa bumi, banjir, kebakaran, angin taufan, semua itu adalah bencana alam, alamiah dan bukan dari Tuhan. Apabila kesulitan yang menimpa diri mereka telah pulih kembali dan berakhir seperti sakit sekian lama kemudian sembuh, miskin kemudian menjadi kaya dan berakhir. Namun mereka tetap kufur terhadap pemberi kenikmatan dan rahmat dari Allah SWT.
Jangan Mengeluh
Ada pula orang-orang yang kurang yakin dalam keimanannya dan kerap mengeluh. Apabila mereka mendapat cubaan yang berbentuk musibah dan malapetaka, mereka ingkar kepada Allah. Sembahyang dan puasa ditinggalkan.
Orang yang demikian apabila memperolehi kekayaan, dia akan berasa sombong, kedudukan yang ada digunakan untuk kepentingan sendiri dan apabila memperolehi ilmu pengetahuan digunakan untuk merugikan orang lain. Hal itu akan terjadi sekiranya semua yang diperolehinya dengan jalan yang tidak wajar.
Jangan Ingat Dikala Susah dan Lupa Dikala Senang
Golongan berikutnya ialah orang-orang yang apabila mendapat kesulitan, musibah, malapetaka, kemiskinan mereka mengingat Allah, tetapi setelah memperolehi kenikmatan mereka lupa kepada-Nya. Apabila ditimpa kesusahan mereka berdoa, sebaliknya bila kesenangan dinikmati mereka kepada yang memberi kesenangan dan kenikmatan, mereka melupakan Allah SWT.
Inilah orang-orang yang apabila memperolehi kenikmatan lupa kepada Allah, tetapi apabila ditimpa musibah ingat Allah sebagaimana firman Allah:
"Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah dia serta menjauhkan diri (dari bersyukur) dan apabila ia ditimpa kesusahan maka ia berdoa merayu dengan panjang lebar." (Fussilat: 51)
Dia tidak mengenal Allah dan tidak memerlukan Allah tetapi apabila ditimpa kematian ketua keluarga secara mengejut, mereka sibuk memanggil orang-orang untuk membaca Al-Quran di rumahnya.
Beriman dan Yakin
Golongan yang paling tinggi darjatnya ialah orang yang beriman dengan penuh keyakinan. Apabila memperolehi kenikmatan dia bersyukur dengan ucapan dan perbuaannya. Apabila ditimpa melapetaka atau kesusahan dia tetap bersabar. Imaya, ibadahnya dan akhlaknya tidak mudah terpengaruh baik senang ataupun susah.
Sumber: 30 Wasiat Imam Syafie
0 Comments