CARA MUDAH BUKA AKAUN PERNIAGAAN DI MAYBANK TANPA PERLU 'INTRODUCER'
Maybank kini lebih mudah untuk para peniaga kecil - kecilan membuka akaun perniagaan tanpa Introducer yang diberi nama SME FIRST-i.
Sebelum ini untuk membuka akaun perniagaan memerlukan introducer dan perlu membawa bersama introducer tersebut ke mana - mana cawangan Maybank. Syarat untuk seorang Introducer ialah mempunyai akuan Maybank yang aktif dan sekurang - kurangnya berusia 2 tahun. Introducer tidak boleh mempunyai sejarah buruk atau cek tendang. Intoducer juga perlu menyediakan cop perniagaan yang nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.
Layari laman web Maybank2u dan klik butang hijau yang tertulis 'Recommend Me An Account'
Isi butiran yang diperlukan dan klik butang hijau. Maybank akan melampirkan akaun cadangan untuk anda. Klik butang hijau 'I Want To Aplly Now'.
Masukkan semua butiran yang diperlukan termasuk SSM registration number.
Nama akaun bank perniagaan perlulah sama dengan nama perniagaan yang didaftarkan dalam SSM.
* Jika anda mendaftar nama perniagaan menggunakan nama sendiri, nama akaun bank perniagaan anda juga perlulah menggunakan nama sendiri.
Kemudian, anda akan dapat kod akses melalui sms dari Maybank untuk digunakan dalam pendaftaran secara online.
Buka email dari Maybank dan simpan account nr. serta reference nr. yang diberikan.
Anda perlulah pergi ke cawangan Maybank yang anda telah pilih semasa pendaftaran online dalam masa 10 hari bekerja. Anda di nasihatkan call dahulu cawangan bank tersebut kerana sesetengah bank memerlukan anda membuat temujanji dahulu sebelum datang.
DOKUMEN YANG PERLU ANDA SEDIAKAN
Sediakan semua dokumen di bawah ini sebelum ke Maybank:
1) MyKad
2) SSM Certificate Registration
3) SSM Form A
4) SSM Business Info
5) Cop Company
- Ada nama perniagaan dan nombor pendaftaran SSM.
PERGI KE CAWANGAN MAYBANK
Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email.
Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi. Termasuklah cop company. Saya cadangkan cop yang berbentuk bulat untuk kegunaan pendaftaran.
Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking. Urusan agak mengambil masa. Freekan masa anda pada hari tersebut.
Akaun ini adalah akaun yang didaftarkan berasingan. Tiada kaitan dengan akaun peribadi anda.
Tunjukkan reference number yang kita dapat melalui email.
Bagi semua dokumen yang diperlukan tadi. Termasuklah cop company. Saya cadangkan cop yang berbentuk bulat untuk kegunaan pendaftaran.
Pegawai bank akan selesaikan urusan pengaktifan serta online banking. Urusan agak mengambil masa. Freekan masa anda pada hari tersebut.
Akaun ini adalah akaun yang didaftarkan berasingan. Tiada kaitan dengan akaun peribadi anda.
Pegawai bank juga akan tunjukkan anada cara menggunakan aplikasi MAYBANK QRPAY BIZ untuk memudahkan transaksi bukan online.
Ada 2 jenis akaun patuh syariah yang anda boleh pilih;
- SME First Account-i (dilindungi PDIM)
- SME First Investment Account-i (tidak dilindungi PDIM, dividen lebih tinggi)
DEPOSIT yang anda perlu sediakan sekurang - kurangnya RM1000.
Anda boleh request buku cek jika anda mahu. Tapi akan ada bayaran tambahan.
0 Comments