Perang Tamadun Melayu | Abdullah Sidek

By Thursday, July 01, 2021 ,

 


BERSATU PADU

"Mahu tak mahu orang Melayu perlu bersatu padu dalam membela hak dan status quo mereka. Jelas, perpecahan merugikan bangsa kita."

Naskah ini merupakan sebuah buku yang menghimpunkan peperangan yang pernah berlaku di Tanah Melayu suatu masa dahulu yang melibatkan beberapa buah negeri seperti Melaka, Pahang, Perak dan Johor.

Negeri-negeri tersebut merupakan negeri-negeri yang mempunyai kesinambungan dengan Parameswara iaitu "Bapa" kepada sistem kesultanan yang ada pada hari ini.

Buku ini banyak menggunakan rujukan ilmiah, namun pembawaannya ringan dan sangat sesuai untuk bacaan orang awam ataupun orang yang baru ingin berjinak-jinak dengan ilmu sejarah.

Melalui buku ini, kita dapat melihat dan menyemak semula pengetahuan sedia ada yang dimiliki selama ini dan juga kita dapat melihat konflik-konflik yang berlaku dalam masyarakat dan kerajaan Melayu suatu masa dahulu.

Boleh dapatkan naskah ini di @bookunia

You Might Also Like

0 Comments