Mencari Hidayah Allah: Panduan Untuk Mendapatkan Hidayah

By Thursday, July 08, 2021

 Panduan Untuk Mendapatkan Hidayah

Sumber: Google


Agar kita tergolong kepada orang-orang yang mendapat hidayah dari Allah SWT maka perlulah kita mengamalkan beberapa panduan berikut ini.


  • Mengekalkan cara hidup sihat
  • Bersederhana didalam makan dan minum


Setiap Muslim sewajarnya mengekalkan kesihatan diri dengan menjaga makan dan minum. Ia hendaklah menjaga hanay memakan-makanan yang sesuai dan makan hanya setakat untuk mengekalkan kekuatan tubuh badan sahaja.


Allah SWT berfirman di dalam Al-Quran bermaksud:


"Dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas". (Al-A'raf:31)


Rasulullah SAW bersabda bermaksud:


"Kami satu kaum yang tidak makan melainkan benar-benar merasa lapar dan apabila kami makan tidak pula sehingga kenyang".


Sayidina Umar ra pernah berkata:

Awasilah dari perut buncit, jangan makan minum dengan banyaknya, sebab sesungguhnya ia merosakkan tubuh, membawa penyakit dan menjadi malas sembahyang, bersederhanalah kamu dalam keduanya, sebab itulah yang lebih layak, lebih jauh dari melampau dan sesungguhnya Allah membenci orang yang buncit perutnya dan gemuk badannya. Sesungguhnya seorang lelaki tidak akan binasa hingga ia mengutamakan hawa nafsu di atas agamanya".


Kebersihan badan dan pakainan


Manusia yang dikehendaki oleh Islam ialah manusia yang bersih. Bersih bukan sahaja dari segi mental malahan fizikal. Rasulullah SAW mendorong umatnya supaya membersihkan diri dengan mandi terutanya pada hari Jumaat sebagaimana sabdanya:


"Apabila sesorang kamu ingin pergi pergi menunaikan soalt Jumaat maka hendaklah ia mandi (sunat)". (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Rasulullah SAW bersabda:


"Kalaulah tidak menyusahkan umatku, nescaya aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap kali hendak menunaikan solat ". (Riwayat As-Asyaikhan)


Begitu juga keadaannya dengan pakaian yang mana ia juga perlu sentiasa dalam keadaan bersih. Badan yang bersih serta pakaian yang bersih akan mewujudkan suasaa keselesaan pada diri yang akan dapat meningkatkan taraf kesihatan manusia.


1. Mengawal Waktu Tidur dan Rehat


Sesungguhnya Allah SWT telah mengaturkan hidup manusia agar bersesuaian dengan kejadian alam di mana Allah berfirman yang bermaksud:


"Dan Kami jadikan malam sebagai pakaian (untuk melindungi) dan Kami jadikan waktu siang untuk mencari rezeki". (An-Naba':10-11)


Oleh yang demikian sewajarnya masa yang banyak terluang digunakan untuk merehatkan tubuh badan di samping mengawal kecergasan tubuh badan. Sekiranya waktu tidur dan waktu rehat ini tidak dijaga dengan sempurna, kita yakin kesihatan tubuh badan akan terjejas. Ini adalah kerana tubuh manusia telah 'penat' akibat dari kerja-kerja berat yang dilakukan.


2. Menjauhi Amalan Khurafat dan Sesat


Setiap Muslim hendaklah jangan mengisi masa terluang dengan melakukan amalan-amalan khurafat dan sesat sperti ilmu hitam dan lain-lain. Ini adalah kerana amalan-amalan tersebut boleh merosakkan ibadatnya.


Firman Allah yang bermaksud:


"Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatu." (An-Nisaa':36)


Antara amalan-amalan khurafat yang masih diamalkan oleh masyarakat Islam ialah:

- Mempercayai tangkal dan azimat boleh mendatangkan sesuatu kesan kepada pemakai.

- Mempercayai tempat-tempat yang dianggap keramat yang dapat menyempurnakan sesuatu hajat.

- Mempercayai kepada suara binatang yang menandakan sesuatu peristiwa akan berlaku.


Oleh yang demikian sewajarnya kita memperbanyakkan beribadat dan membuang segala bentuk amalan-amalan khurafat dan karut marut agar Allah sentiasa memberi hidayah dan petunjuk kepada kita.


3. Sentiasa Mengekalkan Wuduk


Adakah perlu kita sentiasa mengekalkan diri kita dalam berwuduk kerana konsep wuduk itu adalah untuk menjamin bahawa diri kita sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan suci daripada hadas dan najis. Di antara fadhilat-fadhilat orang yang sentiasa mengekalkan wuduk ialah:


- Menggugurkan dosa-dosa kecil.

- Muka bersinar di padang mashyar.


4. Mendidik Hati


Langkah seterusnya untuk membolehkan kita mendapat hidayah dari Allah SWT, perlulah kita mendidik dan menjaga hati. Hati atau roh merupakan raja dalam kerajaan diri. Justeru itu, hatilah yang harus menjadi sasaran pendidikan kita. Gagal mendidik dan membaiki hati beerti gagal mendidik dan baiki manusia. Hati mempunyai dua penasihat yakni akal dan nafsu. Jika akal menjadi penasihat, maka hati pun baik. Jika nafsu menjadi penasihat, maka raja dalam diri manusia itupun menjadi jahat.

Anggota lahir hanya sebagai rakyat dalam kerajaan diri yang patuh pada perintah raja. Apabila hati jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Sebaliknya jika hati baik, baiklah seluruh anggota badan. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:


" Dalam tubuh anak Adam itu ada seketul daging, bila daging itu baik, baiklah seluruh anggota badan dan jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah itulah hati."


Hati sebagai raja dalam kerajaan diri mempunyai kelebihan daripda semua anggota lahir. Dia adalah raja yang luar biasa, yang sangat ditaati oleh rakyatnya. Dialah pentadbir manusia yang menjalankan sistem kehidupan yang sangat luas. Di dalam hati yang bersifat tersembunyi, pemimpinya juga tersembunyi. Malaikat akan memimpin hati dengan sesuatu yang datang dari Allah. Syaitan pula akan memimpin hati dengan sesuatu yang datang dari iblis. Walaupun hakikatnya semua perlakuan dari Allah jua tetapi kita sandarkan yang jahat kepada syaitan dan yang baik dari Allah, mesti tepat dan benar manakala yang datang dari syaitan ialah kekufuran dan tidak baik.

Hati sanagt peka, tidak kira kepada yang positif atau negatif. Hati akan merasa bila datang cabaran. Yakni bila ada rangsangan dari luar misalnya, hati yang sensetif akan cepat tersinggung. Kadangkala kerana kita tidak berhalus atau tidak ambil perhatian pada perjalanan hati maka kita rasa kita sudah baik dan sudah tenang. tetapi sebaik sahaja datang cabaran atau rangsanagan dari luar, barulah terasa yang sebenar. Misalnya, bila orang marah pada kita, bangkit rasa hendak marah balik. Ini menyedarkan kita bahawa kita ada sifat pemarah. Jika tiada rangsangan tadi, kita merasa hati kita sudah baik dan tiada sifat pemarah. ini terbukti bahawa apabila timbulnya rangsangan dari luar membuat hati merai sesuatu. Dari situ timbul kesedaran.

Walaupun hati manusia cuma satu tetapi oleh kerana rangsangan yang datang itu pelbagai, maka pelbagai jugalah rasa dan kesedaran. Misalnya, bila mendapat satu kejayaan, hati akan menerima satu rangsangan lalu akan merasa sama ada bangga, riyak, ujub atau ego dengan kejayaan itu ataupun rasa syukur dan malu kepada Allah. Pada waktu merasa itulah hati yang sensetif akan merasa sedar.

Sekiranya hati tidak sear ia sudah berbuat baik, ini satu sifat terpuji kerana tidak akan bebangga dengan kebaikan itu. Tetapi jangan pula sampai hati tidak bersyukur kepada Allah atas keizinannya kita boleh buat kebaikan. Yang paling buruk ialah bila hati tidak sedar ia jahat. Hati tidak sedar, rangsangan yang datang membuatkan ia rasa bangga atau ego. Lebih berbahaya jika hati tidak akan sedar kejahatannya sampai bila-bila dan tidak akan cuba buat perubahan dengan bertaubat. Bahkan akan terus berbuat jahat kerana merasakan dirinya dalan kebaikan.

Rasa hati terbahagi kepada dua. Kedia-duanya merupakan benih yang ditanam oleh Allah SWT ke dalam hati manusia. Cuma sama ada ia akan subur atau terbantut, bergantung kepada uasaha manusia itu sendiri. Misalnya di dalam satu kebun, benih jagng telah ditanam, terpulanglah kepada petani untuk menyiram, membaja dan menjaganya. JIka benih itu baik tetapi tidak dijaga, mungkin ia mati sebelum tumbuh ataupun ia terbantut. Begitu juga dengan hati. Fitrah baik manusia itu, jika tidak disuburkan dari awal-awal, kemungkinan ia mati akhirnya. Sebaliknya jika awal-awal telah disuburkan, ia kan berakar umbi di dalam hati hingga mudahlah hati itu menjadi baik. Jika sudah terlewat baru hendak disuburkan, agak sukar kerana ia umpama benih yang terbiar lama tanpa disirami, dibajai dan dijaga.

Perasaan yang positif pada hati boleh dibantutkan jika sejak kecil seseorang itu tidak dididik, dibimbing dan diasuh. Maka ia akan terpaksa bersusah payah untuk menyuburkannya kembali. Sebaliknya jika benih yang positif (mahmudah) ini dijaga dan disuburkan sejak kecil maka ia akan subur dan tidak payah lagi bersusah payah bila dewasa.

Jika perasaan negatif sejak kecil lagi susah dsuburkan maka payah pula untuk ditebang bila sudah dewasa kerana pokoknya sudah teguh. Begitulah juga sifat mazmumah (sifat keji) jika sudah disuburkan dalam hati sejak kecil dan setelah dewasa baru hendak dibunag maka usaha itu amat pauah.

Antara benih positif (mahmudah) ialah rasa kasih, penyayang, simpati, pemurah, pemalu, rendah diri, hormat, taat redha dan sabar yang mana semua ini Allah tanam sebagai sifat positif di hati manusia.

Benih negatif pula ialah rasa benci, pemarah, besar diri, bangga, dendam, hasad, bakhil, suka buat fitnah dan lain-lain. Jadi manusialah yang perlu berusaha untuk menyuburkan atau membantutkan yang positif dan negatif itu. Benih kejahatan adalah umpama harimau tidur dalam diri manusia sama ada dapat mengawal atau mematikannya.

Bila benih mahmudah disuburkan maka benih mazmumah akan bantut atau mati. Jika benih mahmudah yang kita suburkan maka malaikat akan turut membantu menyuburkannya. Maka pada ketika itu bersihlah hati kita, mudahlah ia mendapat hidayah dari Allah. Sebaliknya, jika benih negatif yang kita suburkan maka syaitan akan membantu mengotorkan hati kita, maka kotorlah ia dan susah hendak mendapat hidayah dari Allah SWT.

Sumber: 30 Wasiat Imam Syafie



Boleh dapatkan kitab Riyadus Solihin karya Imam Nawawi ini. Kitab ini menghimpunkan ayat al-Quran dan hadis yang membincangkan topik-topik khusus berkaitan akidah, ibadah, dan akhlak. Kitab ini mendapat kedudukan tinggi dalam pengajian pada setiap peringkat ilmu dan membawa kita menjelajahi lautan ilmu yang penting. Isi kandungan kitab ini dikupas dan ditulis mengikut rujukan al-Quran dan hadis yang sahih. Pengarang kitab ini adalah ulama agung yang mempunyai ilmu yang luas dan kefahaman mendalam berkenaan sunnah Rasulullah. Klik link ini --> Riyadus Solihin.

You Might Also Like

0 Comments